Header Ads

[ Muharram : Bukan tarikh Hijrah ]



Tarikh Sebenar Hijrah I Sebelum aku mulakan celoteh aku , aku ucapkan selamat tahun baru buat semua Muslimin dan Muslimat tak kira di mana anda berada. Bila baca tajuk entri kali ini, pastinya korang tertanya-tanya , betul ke ubai cakap ni  ? jawapannya ada lah betul .

Tarikh awal Muharram merupakan tarikh permulaan bagi tahun Hijrah. Manakala penggunaan tarikh hijrah pula dilaksanakan ketika pemerintahan Saidina Omar Al-khattab .Ketika tahun ke 17 Hijrah, takwim hijrah mula di perkenal kan. Jadinya, bila tarikh Nabi berhijrah ke Madinah ?


 " Menurut ahli falak Sheikh Tahir Jalaluddin, Rasulullah s.a.w. telah sampai di Quba pada hari Isnin 9 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M. Selepas empat hari berada di Quba baginda meneruskan perjalanan dan telah memasuki Madinah pada Jumaat 13 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M. " di petik dari Link Ini .

Jadi terlerai sudah kekeliruan kita terhadap tarikh sebenar hijrah Rasulullah. Habis tu salah ke sambut ma'al Hijrah ? Tak salah, kerana bagi aku, ia seperti sambutan tahun baru, cuma kali ni sambutan tahun baru bagi kalender islam itu je.

Aku cuba terangkan semudah mungkin untuk korang faham. dan aku harap korang faham. Untuk ulasan panjang lebar korang boleh klik dekat link yang aku bagi dekat atas tu. Semoga bermanfaat untuk kita semua !


Salam Ma'al Hijrah !

Sayang hampa semua..

acecece :P

No comments

Powered by Blogger.