Tips : Percutian Bajet untuk Anda !
Tips Percutian bajet I Menakjubkan ! terjemahan untuk ayat dalam gambar kat atas ni .Sebelum aku cerita pasal tips-tips untuk percutian bajet ni, aku nak tanya dulu , korang pernah bercuti di mana selain dari rumah korang yang tersayang tu.haha aku tau korang nak jawab jawapaan tu. hahaha
**terkejut aku, gambar atas ni tiba-tiba bergerak sendiri =.=" .. nasib baik tak tercampak laptop aku. adeehh.
Aku nak share 3 tips sahaja selebihnya korang kena rujuk link yang aku bagi di bahagian last entri ni.Baiklah tips yang pertama :
1.Rancang percutian ke tempat yang korang tak mahu pergi .
ehhh, kalau nak bercuti kna plan ke tempat yang kita nak p la.. mana boleh mcm tu " aku yakin korang fikir macam tu kan. hahaha yela, di namakan percutian bajet. tempat yang kita nk bercuti ke mana ? paris , london ? haa, mesti la tempat yang kita nak p tu, tempat yang mengguna kos yang sedikit berbanding tempat-tempat yang hebat dan gempak. betul tak ?
2. Jangan tempah ticket FLight dan tempat penginapan berasingan.
Ada sesetengah airline yang bila kita tempah dia akan tawarkan harga yang murah sikit untuk ticket flight dan tempat penginapan. jadi, pilih yang itu. dapat menjimatkan kos percutian kita. kalau tempah asing, kita kena bayar lebih kerana setiap item tu akan ada cukai dia masing -masing. contoh cukai untuk tiket kapal terbang dan cukai untuk tempat penginapan.
3 . Elakkan bawa barang yang banyak.
Haaa, ni selalu terjadi dekat sapa ? hahaha, korang yang jawab bukan aku. hehehe aku pun pernah terlebih berat beg. dah kena bayar lebih betul tak ? kalau boleh, bawa barang keperluan sahaja. contohnya baju untuk travel cukup untuk berapa hari kita travel, tak yah bawa lebih . Ada juga yang masa nak fly, tak bawa banyak barang tapi bila balik dari bercuti penuh beg, sebab shopping. hahaha
Jadinya, aku harap Tips Percutian bajet ni membantu korang dalam mencari dan mengalami percutian yang indah dan menjimatkan. Selamat bercuti !
Selebihnya korang boleh rujuk Link ini :
Post a Comment