TIPS-TIPS | AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA !
TIPS MENULIS I Aku tahu aku bukan lah yang terbaik dalam penulisan. aku tak ada ilmu langsung berkaitan penulisan kreatif melainkan apa yang di ajarkan oleh cikgu-cikgu aku di sekolah dulu. ya, zaman UPSR,PMR dan SPM dulu. tapi aku gunakan ilmu tersebut sebagai kekuatan atau pun dorongan untuk aku menulis.
orang selalu cakap, " aku menulis bukan kerna nama " tapi aku yakin dalam hati penulis tetap akan ada rasa " aku harap orang sudi baca penulisan aku " . betul, kita tidak tulis kerana nak femes atau untuk orang kenal . tetapi salahkah kita menulis untuk orang kenal kita ?
orang akan bahas benda ini sebagai riak. riak satu benda abstrak. Islam ajar kita dengan ciri-ciri orang riak supaya kita di jauhkan dari perkara tersebut. tapi kita tidak boleh menghukum seseorang itu riak, kerana kita hanya menghukum dari segi luaran semata. betul tak ? *aku pernah tulis di facebook aku pasal ini.
Selagi mana kita mampu menulis, kita tulis lah baik-baik. kerna dengan penulisan yang baik akan membantu menjaga nama baik kita. aku ambil contoh, kalau kita tulis sesuatu dengan niat untuk memfitnah orang tersebut. maka orang yang membaca akan sendiri menilai ia sebagai sesuatu yang buruk. dan akhirnya akan merosakkan nama kita sendiri.
kalau tulis perkara-perkara baik, orang akan ingat kita dengan perkara baik kita tulis tersebut. maka dengan ini aku simpulkan bahawa, menulis memang untuk menjaga nama.kalau tidak kita susah dan akan mudah di hina dan di cela jika penulisan kita berkaitan fitnah dan dusta.
Menyumbang kepada masyarakat itulah paling hebat dan paling bagus. aku teringat hadis nabi, orang yang baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. sebab itu lah aku pilih medium menulis ini sebagai medium untuk aku menyumbang kepada masyarakat. walaupun hanya secebis.ini sahaja yang ku mampu buat masa ini .
kalau korang mampu buat video atau jadi vlogger hebat macam mat lutfi, shazreen fazlynda atau yang lain. mereka mampu memberi pandangan dan pandangan mereka di terima masyarakat. itu sumbang paling hebat dari mereka untuk masyarakat malaysia .korang rasa vlogger hebat ini mampu pergi jauh ?
bagaimana pula dengan korang ? dan aku ? apa sumbangan kita untuk masyarakat ? renung-renungkan la naa.
sekian .
Post a Comment