Header Ads

IKHLAS ATAU TIDAK ?

IKHLAS BUKAN UNTUK DI TUNJUK ! | Baru-baru ini aku ada update status di facebook mengenai Ikhlas. Mungkin sempena hari jumaat ini aku nak sembang dengan korang mengenai ikhlas . Aku bukan ustaz, cuma aku kongsikan apa yang aku belajar sebelum ini dengan korang. Aku pun tak suka memandai-mandai. nanti sesat orang lain lak. hahaha


IKHLAS ATAU TIDAK ?

Susahnya nak ikhlas .


Itulah yang sering menjadi aduan kita semua apabila bertemu dengan ikhlas. Bukan mudah nak ikhlas tambah-tambah apabila kita melakukan kebaikkan di hadapan orang ramai .

Macam mana nak dapatkan ikhlas ?


Ini apa yang di ajarkan oleh ustaz aku, beliau kata kita buat sahaja apa yang kita nak buat. bila ada bisikan mengatakan orang lain sedang tengok kebaikkan kita dalam kata lain mungkin kita akan rasa riak sebab orang tengok. abaikan sahaja bisikan tersebut dan terus buat apa yang kita buat kerana Allah.

kalau orang puji, itu bonus, hakikatnya kita buat benda baik adalah kerana Allah.

Dia bukan Ikhlas pun .


Ini salah satu perkara yang menjadi rutin rakyat malaysia di media sosial. apabila seseorang berubah ke arah kebaikkan , kita akan cakap ,  " alaah, dia berubah tu ada sebab lain tu " . " dia bukan ikhlas pun " dan sebagainya .

urusan untuk menghukum sama ada orang lain itu ikhlas atau tidak adah urusan Allah sahaja. kita tak layak untuk menghukum mereka dan mereka juga tidak layak untuk menghukum kita. Pendek kata, bila kita rasa nak judge orang , kita kena cepat-cepat berhenti . dan cuba fikir benda baik yang ada pada orang itu.

Aku bimbang , orang yang di kutuk dapat pahala, kita yang mengutuk ini dapat dosa. kan dah rugi .

Seeloknya kita bersangka baik dengan perkara baik yang di lakukan oleh orang lain. Kita sepatutnya berasa bangga dengan perkara yang baik yang di lakukan oleh mereka. Semoga satu hari kita juga mampu berbuat demikian.

Nampak tak , kalau kita sebarkan kebaikkan pasti kita akan dapat kebaikkan. tak percaya ? cuba praktikkan. insyaallah kita akan rasa kelainannya. Semoga Entri Ikhlas atau tidak ini memberi gambaran kepada kita semua bagaimana ikhlas tersebut. mungkin bukan secar detail tetapi sekadar permulaan untuk pemahaman yang seterusnya. Jom kita share entri ini sempena hari jumaat yang mulia ini. kita sebarkan ilmu dapat pahala Insyaallah. Sekian.

No comments

Powered by Blogger.