Header Ads

Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia

Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia
Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia

Assalamualaikum, tadi aku ada nampak di facebook mengenai kapsul masa depan yang di tanam oleh mantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir. Ramai yang tak tahu mengenai perkara ini. aku secara jujur pun tak tahu secara keseluruhan mengenai kapsul yang di tanam ni, jadi aku pun buatlah sedikit kajian. hehe padahal cari dekat google ja kan. hahaha

aku cari mengenai apa sebenarnya berlaku di sebalik kapsul masa ini. jadi aku nak kongsikan dengan korang mengenai sejarah kapsul masa depan malaysia yang di tanam sekitar tahun 1987 dulu. masa ni aku pun tak lahir lagi.

Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia


Apa itu kapsul masa? bagi yang ta tahu , kapsul masa yang ditanam itu mengandungi nasihat-nasihat yang ditulis oleh Tun mahathir untuk generasi masa depan nanti. sebab itu kapsul ini akan di buka selepas 100 tahun ia ditanam di beberapa lokasi di malaysia.

beberapa lokasi ? maksudnya ada banyaklah kapsul masa ni ya. menurut Astro awani, di katakan 4 kapsul masa telah di tanam di dalam malaysia. mesti korang nak tau tempat dia dekat mana kan. hehe

daripada 4 kapsul tersebut, dua ditulis oleh Tun mahathir, satu ditulis oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan menteri pendidikan ketika itu dan satu lagi Tun Daim Zainuddin yang menjadi menteri kewangan masa itu.

lokasi kapsul masa di tanam .

Sebenarnya ramai yang tak tahu di mana ia ditanam, cuma ada laporan mengatakan kapsul masa ini di tanam di The Mall Kuala Lumpur yang sekarang ini di kenali sebagai Sunway Putra Mall. Lokasi kapsul yang ditanam oleh Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin pula dikatakan berada di Bursa Malaysia.

Tun Mahathir juga menanam satu kapsul di Putrajaya iaitu di Monumen Millenium .

Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia
Sejarah Kapsul Masa Depan Malaysia


Bila kapsul ini akan di buka?

Kapsul masa yang di tanam ini akan di buka pada tahun 2087 iaitu 100 tahun selepas dari ia ditanam. Cumanya kapsul di putrajaya akan di buka pada tahun 2020 nanti. maksudnya ada lagi 3 tahun untuk menanti ia dibuka.

keunikan salah satu sejarah ini menjadikan satu perkara yang ternanti-nanti apa isi kandungan dia kan. termasuk pula situasi politik negara sekarang ni dah makin keruh , Tun mahathir pun dah ada parti baru yang menentang kerajaan sekarang. jadi adakah sejarah ini akan dipadam atau kapsul masa akan di hapuskan ? kita tunggu masa tu sampai kan. hehe

Seronok baca pasal sejarah kapsul masa depan malaysia ni. aku ingat doraemon jer ada kapsul masa . hehe rupanya ia merupakan satu cara untuk memberi kelainan dalam sejarah negara kita. korang kongsikanlah entri ini dengan rakan-rakan lain ya .

No comments

Powered by Blogger.