Sarapan Pagi Dengan Nasi Kandar Merlin di Pulau Pinang
Assalamualaikum , salam jumaat. pagi-pagi macam ni kita sembang pasal nasi kandar merlin di pulau pinang nak tak . korang nak tahu apa yang best dekat sini ?
sebelum tu aku nak tanya, korang pernah baca entri aku berkaitan nasi kandar paling sedap di pulau pinang. kalau korang perasan, aku tak senaraikan merlin nasi kandar ni dalam senarai tu kan.
sebenarnya, pulau pinang memang terkenal dengan nasi kandar.
boleh dikatakan hampir setiap kawasan akan ada satu kedai yang jual nasi kandar.
orang ramai dan pelancong kalau sampai ke pulau pinang mesti akan cari makanan ni. kalau tidak, tak lengkaplah percutian mereka. ( ayat skema )
kalau macam ubai sendiri , kalau pergi ke terengganu mesti akan cari sata ataupun keropok lekor. sebab apa ? sebabnya adalah kerana makanan tersebut dihasilkan di negeri yang menjadikan ia makanan asasi.
fuhhh
panjang lebar pula intro. hehe
aku sambung cerita balik ya, semalam aku ada kongsikan mengenai aku pergi buat passport dekat padang kota. lepas selesai urusan ambil gambar dan pembayaran, kami keluar kejap untuk cari makan. yela , lapar weh. hehe
nak tunggu lagi sejam, jadi kami pun singgah di merlin nasi kandar. secara kasarnya dia berada di bawah hotel merlin. kalau korang nak pergi, search ' hotel merlin penang ' atau ' nasi kandar merlin '
ada juga gunakan ' nasi kandar merlin hotel ' untuk buat carian di google, tapi sebenarnya ia membawa ke tempat yang sama.
cumanya kalau dia bawa ke negeri lain , tu memang salah lah ya.
hahahaha
korang nak tahu ke, kenapa nama dia merlin ?
Merlin ni bukan sebab drama bersiri mat salleh tu ya. hehe
nama tu di ambil sebab nama hotel tu rasanya.
Bukan merlin ni ya. hehehe |
hehehe
kedai nasi kandar ni memang dah lama,
dari aku belum lahir lagi dah ada.
kiranya zaman mak dan ayah aku lagi.
memang lama dah.
aku pula baru second time makan rasanya.
hehehe tapi kira pertama kali makan di kedai dia.
kedai dia memang luas dan selesa,
alah macam kedai mamak lah. hehehe
kedai nasi kandar ini terletak betul-betul di bahagian simpang. bukan kedai tepi jalan atau warung ya. corner lot orang kampung aku cakap. ehhh.
hahaha
Nasi kandar merlin ni, dia punya rasa agak lain dari yang lain.
sebab tu ramai yang akan sentiasa ingat nasi dia.
aku boleh katakan rasa dia mungkin kurang sikit berbanding nasi kandar Dean Maju, nasi kandar kampung melayu, nasi kandar beratoq yang pukul 10 malam tu dan lain-lain.
nasi kandar yang lain dari yang lain adalah terletak pada rasa dia.
rasa kari dia. kari dia rasa pedas-pedas sikit.
rasa ayam goreng dia. yang rasanya auummm.
dan beberapa perkara lain lagi.
bagi aku nasi kandar merlin ni ada rasa dia tersendiri . kalau korang nak rasa nasi kandar yang dulu-dulu. haa ni lah antara yang korang boleh cuba.
tapi dia masih antara nasi kandar yang terkenal dan best di pulau pinang. kalau nanti korang singgah ke penang, mesti ambil peluang untuk rasa nasi dia tau.
masa makan di sini semalam, aku ambil menu , nasi putih , ayam goreng dan telur bawang. yang paling best adalah kuah banjir. hehehe semuanya berharga RM 7 sahaja. tak termasuk air.
Nasi Kandar Merlin di Pulau Pinang |
Ini alamat nasi kandar merlin :
11, Union St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Selalunya nasi kandar merlin ni dibuka pagi. aku singgah masa ni dalam pukul 9 atau 10 macam tu. itupun dah ada orang yang makan dekat kedai tu. hehe
Ingat ya !
waktu operasi dia sampai tengah hari ja. dala 2.30 macam tu. kalau lambat, tak dapat lah korang nak rasa. hehe
untuk pengetahuan korang, memang orang penang akan sarapan dengan nasi kandar tau. hehe jadi tak pelik pun tengok depa makan nasi awal pagi. tapi tak selalu lah. hehehe
Antara komen atau review yang aku boleh dapat dari google review mengenai nasi kandar merlin ini adalah seperti berikut,
' Nice food.famous place for lunch nasi kandar. ' - Mohd Iskandar Md Sulaiman
' Penangites who love nasi kandar will definitely know this place. This corner coffeeshop is always crowded, and if you don't get a table beneath the fan, be prepared to sweat it out. The tasty food however makes up for the discomfort. ' - A.L Lim
' My favourite nasi kandar stall in Penang. Their food is consistently good, which is the benchmark of this stand- alone stall, and which is very difficult to be emulated by some other chain stall type of nadi kandar outlets.' - yan chour HAN
Pulau Pinang ni memang banyak sungguh tempat makan. sampai tak larat nak makan orang kata. alhamdulillah rezeki kan. aku pergi ke negeri lain pun tak macam pulau pinang. memang susah nak cari makanan sebab tak banyak kedai yang jual.
-- macam dekat penang ni merata kedai makan. waktu operasi pun ada yang 24 jam ada yang tak. jadi memang senang lah. kadang-kadang perut kita kan suka buat lapar tengah malam. hehe sebab tu lah yang gagah keluar makan tu.
-- Semalam, masa nak makan tu, meja sebelah kami makan kari kepala ikan . perghh besar gila di punya kepala ikan tu. memang terliur juga sekali bila tengok. hehe kalau korang hantu kari , korang patut cuba rasa kari dia yang perghh.
akhir sekali, aku teringat satu kata-kata aku ni ,
' nasi kandar paling sedap adalah nasi kandar yang tak ada cawangan ' - ubai
nasi kandar merlin ni adalah antara nasi kandar yang tak ada cawangan. kalau tak salah aku lah. rasa dia memang lain dan memang terbaik lah. jadi cuti sekolah nanti, bawa kawan-kawan korang, anak-ana dan suami dan isteri-isteri korang terjah nasi kandar ni tau.
memang selalu penuh, kalau nak kosong, pergi masa office hour dalam pukul 9 sehingga 11, masa tu masih tak ramai lagi. nak makan pun selesa sikit. selamat mencuba.
kesian dekat korang telan air liur jer kan. hehe
aku ada satu soalan, masa korang bercuti di pulau pinang atau korang memang orang pulau pinang, nasi kandar yang mana paling sedap yang pernah korang makan.
korang komen dekat bawah ya. nanti aku baca. nak tau juga, mungkin cita rasa kita sama kan. hehe
Post a Comment