TARIKH HARI MENGUNDI UNTUK PRU 14. Bilakah hari dan tarikh untuk kita mengundi? Hari mengundi merupakan hari dimana seluruh rakyat malaysia turun untuk mengundi calon - calon wakil rakyat untuk tempoh pemerintahan yang baru. proses pengundian pula meliputi dua cara iaitu cara mengundi biasa dan mengundi pos bagi yang tak dapat hadir pada hari pengundian.

Menurut laporan dari sidang media bersama suruhanjaya pilihan raya, tarikh-tarikh penting berkaitan pru 14 telah di umumkan.
Tarikh Penting PRU 14 - Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi
Tarikh penamaan Calon adalah pada 28 April 2018.
Manakala tarikh pilihan raya umum dan pengundian jatuh pada 9 Mei 2018.
Tarikh lain yang turut diumumkan adalah :-
Tempoh berkempen adalah sebanyak 11 hari, bermula selepas penamaan calon sehingga pada jam 11.45 malam pada tarikh 8 mei 2018. Selepas itu adalah waktu bertenang untuk semua calon-calon dan parti yang bertanding.
Bagi yang terlibat dalam mengundi awal, tarikh mengundi adalah pada 5 Mei 2018.
Pastikan hari-hari yang telah diumumkan ini dapat di kosongkan untuk kita sama-sama turun mengundi pada PRU 14 nanti. jangan abaikan tarikh-tarikh ini kerana ia merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin bagi penggal parlimen yang baru nanti.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan lain tau .
0 Comments