Header Ads

Susah VS Senang

Susah VS Senang  |  Assalamualaikum.. pa khabar kwan2..hehe. hopefully korang sihat la naa..hari ni aku masih di sini,menuntut ilmu untuk menjdi seorang doktor.aku pasti korang pun masih lagi belajar and tujuan korang tetap sama ngan aku iaitu menjdi apa yang di hajati..ingat!! jagn lupa untuk menjadi hamba yang sejati. ^^

alhamdulillah, ALLAH still bagi pinjamkan nyawa untuk kita gunakan sebagai hamba. jom,kita renung sejenak, agaknya sepanjng umur kita hidup ni, kita gunakan tuk kebaikan atau keburukan yang paling bnyak ??. klau ada kekurangan , jom istighfar dan minta ampun kepada ALLAH.ni peringatan tuk aku juga..aku bukan baik sgt.still ada dosa ..btul tak ??


KENAPA HIDUP INI SUSAH ?


hari ni akudah mula cuti sempena hari raya Qurban.huhu.. nampak gaya, raya aku thun ni kat sini la..waa..hehe.. skung bru aku rasa perasaan org yg dok di perantauan kan..perit tapi ada manisnya,betul tak?

layan lagu raya la kt mesir..haha.. layang ngan member2 rumah..serius,bru rasa kekurangan bila berjauhan ngan keluarga.Tapi apakan daya,perjuangan harus diteruskan.*tringat lak kat lagu patriotik time pre-med dulu..hehe .. skung zaman medic bermula. to become a doctor muslim yang bertaqwa.

aku percaya,kalau just dgan usaha kita tuk berjaya dlm study tanpa doa , ia tk da serinya.klau kita usaha dan diiring dgan doa pasti terasa manis bila mencapai kejayaan. ALLAH suka orang yg berdoa .Doa lambang yang kita ni hanya hamba.kita tk mampu nk buat apa2 kecuali dgan izin ALLAH. Doa tu senjata bagi orang mukmin (hadis Rasulullah) .

SUSAH dan SENANG ??

Senang itu indah , membuat sesuatu dengan senyuman terukir dibibir.tapi insan2 yg terpilih saja yang mampu melakukan kerja yang susah dgan senyuman.Subhanaallah , indahkan percaturan ALLAH. tak semua dalam dunia boleh tersenyum dgan segala kesenangan dan tak smua manusia boleh tersenyum disebalik kesusahan yang melanda. Selalunya,manusia akan tersenyum bila memperoleh nikmat yang bnyak.contohnya, dpt gaji ,dapt anak baru , berjaya dalam exam dan sebagainya.itu lumrah masyarakat.ramai yang ingin kongsikan kejayaan,tetapi berapa kerat je yang nk kongsi kesusahan bersama.btul tak ??

Berbahagialah orang yg mampu tersenyum tatkala diri diuji dgan kesusahan.contohnya kematian,dberhentikan kerja ,gagal dalam pelajaran dan sebgainya. tersyum bukan maksudnya merelakan kegagalan tu ,tpi tanda kita bersyukur dan husnuzhon dengan ALLAH.Pasti ada hkmah disebalik kekurangan itu.Kalau korang diuji mcam tu,agak2nya korang nk buat apa ?? nk salahkan diri sendri ? or nk salahkan ALLAH ?? ingt setiap ujian yang ALLAH bgi kat kita , kita mampu tuk memikulnya.

Terdapat juga manusia yang hidup senang tpi hatinya tak tenteram dan berasa ada kekurangan. btul tak ?? ada juga yang hidupnya susah tapi hatinya tenang dan happy.Memang dari pandangan manusia nmpak mcm ada kekurangan tapi bgi dia , itulah rezeki dia dan dia bersyukur atas nikmat.so,kita skung mcm na ?? adakah kita hebat tpi hati kta ada kekurangan or kita kurang hebat tpi hati kita penuh dgan ilmu dan ketenangan yg bukan smua manusia ada ?? renung2kan.

Oleh tu jganlah kita merungut dengan nikmat dan ujian yang ALLAH berkan kat kita.Sebenarnya ujian dan nikmat yang ALLAH bgi kat kita itu adalah untuk mnguji kita sama ada kita ni mahu tak berdoa kpd-Nya tatkala senang or kita melupakan-Nya ? or masa susah saja kita bru nak tadah tangan menghadap-Nya ? Banyak sebenarnya kita boleh belajar dari perkataan SUSAH dan SENANG ni..setiap orang ada definisi yang tersendiri untuk mentafsirkan maksud bagi 2 perkataan itu.terpulanglah mcm mna ia ditafsirkan yang penting bagaimana ia dipraktikkan dlam kehdupan.


KENAPA HIDUP INI SUSAH ?


Kalau kita tahu apa itu erti "bersyukur " ,pasti masalah susah dan senang ni akan berlalu begtu sahaja.kenapa ?? ok , apabila seseorang itu bersyukur dgan nikmat ALLAH.Pasti dia tk akan berhent2 memuji yang Maha-Esa. dan ditambah pula dgan amalan lain yang mnyebabkan dia bertambah rapat dgan Pencipta.Bagaimana pula klau dia bersyukur dengan ujian yang diberikan ??mcm ni, apabila diberi ujian,firstly kta diajar tuk ucap innalillahiwainnailaihirajiuun.btul tak ? maksud ayat tu amat menenangkan.Apa maksudnya ??

" sesungguhnya kita datang daripada ALLAH dan akan kembali kepada ALLAH "

subhanaallah,ayat menunjukkan setiap yang kita miliki ni sebnarnya milik ALLAH. Rumah yang hebat ,kereta mewah or rumah usang or kereta biasa sekali pun, smuanya milik ALLAH.Kita hanya pinjam.sampai satu masa kita pasti akan kehilangan semua barang dan harta itu. btul tak ??Jadi kalau ALLAH bgi ujian berpua kehilangan or kekurangan or kegagalan dlam hidup , kita mampu atasi rasa sedih tu dgan ayat ni.kita yakin yang kita ni akan balik kepada ALLAH juga satu hari nanti.*cakap memang senang tpi nk buat tu payah..ntul tak ??..harap kita mampu menghadapi ujian yang diberikan tanpa merungut dan menghina ALLAH dan mempersoalkan kenapa kesusahan ini trjdi kat dia.Bersyukur lebih baik dari kufur .

Subhanallah,hebatnya kalau kita follow ISLAM.sebab setiap suka dan duka kita dibalas dan diajar bgaiman tuk menghadapi setiap dugaan itu.So,marilah kita sama koreksi diri kita balik ,mohon ampun kepada ALLAH jika ada kesalahan *peringatan tuk aku gak.. ^^ .. setrusnya aku nk mintak maaf klau da terkasar bahasa ke ,tersalah tulisspnjng entri ini ditulis yer..hehe.. manusia banyak melakukan kesalahan begitu juga aku.. sama2lah kita doakan antara satu sama lain.

oklah.stakt tu je perkongsian aku kali ni..hehe..rasa cm lama tk post kan..hehe..insyaallah,pnjang umur ,kita jumpa lagi ya !! Selamat Hari Raya Aidiladha !! raya ku diperantauan.. hehe..


 renungan bersama

 hafiz dan asyraf

KENAPA HIDUP INI SUSAH ?

KENAPA HIDUP INI SUSAH ?
sekian,

wassalam..


Ubaidullah.

No comments

Powered by Blogger.