Hilang yang tiada ganti !
Assalamualaikum ,
ku kuatkan semangat menulis coretan ini untuk insan yang bernama Nizar Md Noor .
Ku kesat airmata yg berlinangan demi coretan ini .
hatiku sebak,jantung berdetup kencang.
tanggal 13 September 1993 kau di lahirkan .
sebulan 9 hari dari tarikh kelahiranku . secara umurnya aku lebih tua berbanding Nizar.
melalui tempoh membesar bersama . bermula dgn tadika di tempat yg sama walaupun sekejap ,
di ikuti di KAFA USM kemudian di SMKA AL-MASHOOR lelaki .
hari2ku tak lengkap andai engkau tiada di sisi .
pagi ku di hiasi dengan kehadiran mu utk ke sekolah sekali , sehingga lewat petang, kita masih sekali .
kawan2 juga tahu mengenainya . ya,main bola sekali, andai ada futsal, juga sekali
main bowling ya, kita sekali.
hingga la ambil SPM juga sekali . setelah SPM, kita bawa haluan masing-masing tapi masih berhubung dari jauh .
kau di Darul Quran, aku di KMK.
bila ketemu pasti gelanggang bowling tempatnya kita berkumpul .
tapi kini aku sorang , aku tak sempt berbakti kepada mu.
aku di jauhan, di bumi anbiya . apa yang aku mampu buat Nizar .
aku pulang hanya sekali setahun .
dlu aku pulang, mesti aku harap dapat bertemu dengan mu. tapi, kali ini aku pulang, apa lagi yg aku harapkan .
aku seorang diri ,menjalani kehidupan berbaki .
Nizar,
semua perkara kau mesti dahulu dari aku .
mungkin pemergian mu ini juga dahulu dari aku . aku pasti akan menyusulmu satu hari nanti .
tunggu aku di Sana. Aku teringin duduk di tempat indah2 yg tidak ada kacau bilau , gaduh sana, berkacaran sini . aku ingin dunia yg tenang . tapi aku sedar aku masih di dunia .
doaku untukmu tak akan ku lupa, walau kita tk sempt berjumpa untuk kali terakhir . kita akan jumpa di sana nanti. tunggu aku .
Maafkan aku kerana tidak berada di sisi ketika pemergianmu .
Allah jaga dia untukku :'(
Ubaidullah
11:40
Mansoura,Mesir
Post a Comment