Blog Tempat Luah Perasaan ?
Assalamualaikum ,
haa chaackk ! * sorry buang tabiat jap. hoho
baru-baru ni aku sempat diskusi ngan kawan2 aku mengenai blog .
mostly kata blog ni tempat luah perasaan .
aku setuju untuk certain benda tp bukan semua la ya.
sebab medium blog ni sebenarnya membuatkan anda berfikir jauh.
kadang-kadang kita ni senang je bercakap, tapi mai time menulis hampeh .
bila kita menulis, kita akan menghadkan idea kita untuk skop tertentu sahaja .
contoh, kalau nak tulis pasal makan. maka semuanya akan pasal makan je. susah nak ambik atau cedok idea lain .
tapi kalau bercakap, bukan setakat itu je. cite semalam dua hari sebelum pun boleh kita cerita lagi kan. hehe
so, sebagai kesimpulan , blog ni bukan untuk tempat luah perasaan . tapi untuk sampaikan ilmu,pengalaman tutorial dakwah dan lain-lain lagi .
kalau aku nak bagi contoh2 blog untuk setiap ciri2 yang aku tulis tu pun boleh . sbb banyak blog yg ada pengkhususan sebegitu .
terpulang kepada penulis blog itu nak tulis apa dan dia nak jadikan blog dia tu sebagai blog yg mengkhususkan ke arah bidang apa .
" when u start to write,it will always be yours " kata ubaid . *entah betul ke idok grammarnya.. haha
bila kita dah mula menulis, hak penulisan itu semua adalah terpundak kepada kita yak ni penulis :D
semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua .
selamat berblogging :3
sekian .
Post a Comment