Header Ads

CEC DAP : Tolak Hudud !


Assalamualaikum !

hari ni aku nak cerita isu semasa sket. tapi tak la semasa sbb dia berlaku di akhir bulan MAC 2015 .

Rentetan Peristiwa Pembentangan Rang Undang-Undang Hudud yang di bawa oleh Pas ke Parlimen tempoh hari .

Hasil dari peristiwa tersebut maka, terlaksana mesyuarat CEC Dap bgi mebincangkan hala tuju parti tersebut sama ada ingin bersama PR atau tidak.

5 Resolusi telah di kemuka kan

Lim Guan Eng (paling kiri) bersama pemimpin kanan DAP lain yang bermesyuarat malam tadi. Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu memutuskan kekal dalam Pakatan Rakyat tetapi menamatkan kerjasama dengan presiden PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

 "DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

 "DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

 Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan. DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

  "Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. "Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

 Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

- di petik dari malaysianinsidder -
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tamatkan-kerjasama-dengan-hadi-kekal-dalam-pakatan

p/s : sekadar pencerahan isu je . kita sbgai pemerhati politik kena tahu apa yg berlaku dalam politik tanah air. mahasiswa yg akan mencorakkan masa depan negara nanti .

bagaimana isu HUDUD Pas ?

insyaallah akan di bentngkan di parlimen pada bulan Mei nanti. sama-sama kita doakan yg terbaik untuk islam ^^

No comments

Powered by Blogger.