Lailatul Qadar atau Lailatul Ala Kadar !
Assalamualaikum !
korang buat apa tu ?
Kali ini aku cuba nak bawa satu lagi perkara penting yang mana kita ni selalu lupa, termasuklah diri aku ni .
Tapi, kekuatan sebenar adalah apabila kita sendiri mampu untuk mengejar dan mendapatkan lailatul Qadar tersebut.
Betul susah nak bangun solat tengah malam, habis terawih pun dah pukul berapa kan. ada simple tips yg parent aku ajar,
bangun sahur awal sket dan solat tahajud dulu baru makan sahur. tak smpai 5 minit solat tahajjud kan . moga berguna la tips ni.
Ada pulak yg kata, lailatul qadar ni jatuh pada hari tertentu contoh malam 27. jadi kita qiam la pada malam tu je. tapi kita kena ingt, setiap tahun bukan sama. ada pelbagai pendapat yang di beritahukan kepada kita melalui beberapa org ulama antaranya imam syafie yang mengatakan lailatul qadar jatuh mengikut hari mula kita berpuasa. semua ini berdasarkan pengalaman mereka memperoleh lailatul qadar.
kita boleh ikut pendapat2 tersebut. cumanya nak selamat, kita bangun tiap-tiap malam. ini je amalan kita yg terakhir dalam bulan ramadhan ni. bukan selalu kita bertemu dengan ramadhan kan.aku pun tgh mendidik diri ni supaya fokus malam2 terakhir ni. moga pengampunan Allah yg menjadi target di peroleh di akhir ramadhan.bukan apa, awal2 ramadhan kita dah culas,tak kan akhir ramadhan kita nak culas lagi kan.
sekian.
Post a Comment