BERSIH4 : Pendapat Peribadi
Tulisan Kali ini Hanya Pendapat aku,takda kena mengena dengan mana-mana pihak.
Hai,
#BERSIH4 | 29 Ogos dan 30 Ogos 2015, merupakan tarikh baru dalam sejarah malaysia apabila, NGO Bersih telah mengadakan satu himpunan besar-besaran di Ibu Kota, baru-baru ini.
Apakah 5 Tuntutan BERSIH 4 ?
Lima tuntutan Bersih 4.0:
Melihat situasi Malaysia yang sedang jatuh dari sudut ekonomi dengan kejatuhan mata wangnya dan beberapa pemimpin yang dipalit dengan kontroversi rasuah menyebabkan rakyat bawahan tertanya-tanya, betulkah isu-isu yang berlegar di media-media sosial itu ? tak terkecuali , jawpan2 balas dari pimpinan mengenai isu2 tersebut sepertinya tiada kesan dalam hati rakyat. Bahkan rakyat bertambah benci dengan mereka.
tapi seperti dalam sidang media yang di lakukan oleh beliau, mengatakan beliau tidak peduli apa tuntutan BERSIH sebaliknya beliau turun ke medan BERSIH adalah untuk menunjukkan sokongan untuk menjatuhkan Najib.Kisah Tun juga menarik untuk di ceritakan.tapi aku tak nak cerita sebab nanti panjang lagi entri aku ni. hehe
Hai,
#BERSIH4 | 29 Ogos dan 30 Ogos 2015, merupakan tarikh baru dalam sejarah malaysia apabila, NGO Bersih telah mengadakan satu himpunan besar-besaran di Ibu Kota, baru-baru ini.
Apakah 5 Tuntutan BERSIH 4 ?
Lima tuntutan Bersih 4.0:
- Pilihan raya bebas dan adil
- Sebuah kerajaan yang telus
- Hak untuk berdemonstrasi
- Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
- Menyelamatkan ekonomi negara
Sebelum, kita menghukum BERSIH, kita kena tahu dahulu, tujuan dan matlamat mereka mengadakan BERSIH4.Bila kita dah tahu, maka kita akan mudah faham sebab apa mereka menganjurkan BERSIH 4 .
kronologi demi kronologi yang berlaku, sehingga akhirnya menyebabkan BERSIH4 muncul lagi selepas bersih3 tempoh hari.Seperti BERSIH yang sebelum ini, NGO Bersih menggariskan beberapa tuntutan mereka terhadap KERAJAAN.
Persoalannya, adakah semua tuntutan ini akan di penuhi ? adakah tuntutan BERSIH 1 ,2 DAN 3 telah di penuhi ?
Agak sukar untuk melihat semua tuntutan tersebut di penuhi, tapi bagi aku ,ia lebih kepada menyatu padukan rakyat untuk menentang UMNO dan BN.Kebanyakan yang hadir melihat bahawa keutamaan patut di berikan kepada proses untuk menjatuhkan NAJIB daripada 5 tuntutan bersih itu sendiri.
yang hadir ke ibu kota utk bersih kebanyakkannya ingin melihat Najib letak jawatan.Kecaknaan mereka terhadap tuntutan BERSIH juga mungkin kurang. Kita juga lihat, baru-baru ini TUN MAHATHIR juga hadir memberi sokongan kepada rakyat yang berkumpul. bila bertanya adakah dia menyokong ? Beliau mengatakan yang beliau bersama-sama rakyat.
Kali ini kita lihat, peserta Bersih4 lebih berhati-hati dengan orang2 yang membuat provokasi seperti yang terjadi pada bersih 3.0 tempoh hari. Mereka menuruti arahan yang di berikan oleh penganjur.Jelas kematangan mereka apabila, Pihak Polis juga melaporkan keadaan di sana masih terkawal ketika himpunan itu berlangsung.
Cuma kini, Mengenai tuntutan Bersih juga harus di lihat sebagai satu tuntutan yang mesti di penuhi.demi masa depan malaysia yang lebih cerah.Bersih4 menjadi medan baru buat parti2 pembangkang DAP,PKR,GHB dan PAS. walaupun di katakan Pakatan Rakyat sudah tiada. tetapi semangat bersatu mereka masih bersama .
mungkin perkongsian aku ini lebih kepada pendapat dan pemerhatian aku. terpulang mahu percaya atau mahu ikut .
Post a Comment