Header Ads

6 Fakta TPPA yang anda perlu tahu !

Hai,

TPPA I Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik telah pun di tandatangani oleh Malaysia bersama 11 buah negara lain pada hujung minggu lepas ternyata memberikan gambaran sedih kepada segelintir masyarakat Malaysia. ternyata isu ini masih belum di hadam oleh masyarakat golongan bawahan dan juga golongan pertengahan. 

Perjanjian yang penuh dengan kerahsianan ini menimbulkan tanda-tanya  dalam kalangan ahli akademik ,ekonomi dan juga ahli politik.Aku tahu dari satu sudut pandang lain,negara mungkin akan memperolehi keuntungan dari segi pelaburan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.


Kita lupa pada asas penting dalam TPPA yang menjadi bantahan Rakyat Malaysia adalah perjanjian ini lebih berat kepada satu pihak sahaja. Negara sudah susah, hendak di susahkan lagi ? Dan apabila Negara Amerika Syarikat menyertai TPPA ini, maka makin bertambah risau rakyat akan apa yang terjadi di masa hadapan nanti.

Antara lain yang menjadi kebimmbangan rakyat adalah harga ubat-ubatan melonjak tinggi kerana Syarikat-syarikat besar memonopolikan pengeluaran ubat-ubatan ini .

Aku setuju dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Pemuda Pas, yang mana mereka menuntut agar kerajaan membuat sidang media khas bagi mencerahkan isu  mengenai TPPA ini . Memandangkan perjanjian yang begitu sulit menyebabkan rakyat risau dan bimbang mengenai perjanjian ini.


sekian

No comments

Powered by Blogger.