Header Ads

Fungsi Tidur yang Cukup !


Hai,

FUNGSI TIDUR YANG CUKUP I Tidur adalah salah satu perkara yang menjadi kegemaran bagi pelajar universiti. dalam kelas boleh tidur, dalam library pun tido, balik rumah pun dia tidur. hahaha Tapi sebenarnya tidur yang cukup amat penting bagi badan kita. Tidur yang cukup memberi kita tenaga dan kekuatan untuk mulakan hari berikutnya atau kehidupan kita seterusnya .


Ramai di antara kita yang tidak ambil berat mengenai tidur yang sempurna ini. Kebanyakkannya lebih suka bersengkang  mata dan tidur lewat di malam hari . Kalau terdesak atau terpaksa, tidak mengapa. Contohnya, satu malam dia kena siapkan kerja.jadi dia tidak tidur, tak mendatangkan masalah sangat. tapi masalahnya kepada orang yang tiap-tiap hari tidur lewat. ia akan mengganggu system semula jadi dalam tubuh badan kita.


Tidur yang cukup memberi kita kekuatan di samping membolehkan cell dan anggota badan kita mempunyai atau mendapatkan rehat yang cukup.waktu tidur yang ideal pula adalah antara 6 jam sehari . dan aku yakin,kita tidak cukup 6 jam sehari. tidur yang aku maksudkan ini adalah tidur waktu malam .

Kesan daripada tidur yang tidak cukup akan menyebabkan badan jadi letih ,lesu dan tidak bermaya . Disamping itu, kita akan mudah terganggu dengan alam sekliling. mudah marah , melenting dan beremosi.Kita juga akan menambah perasaan kurang selesa orang lain terhadap kita. seterusnya merosakkan hubungan antara sahabat dan keluarga dan sebagainya.


Jadi, tidur yang cukup ini amat penting kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang ceria dan bermakna. Aku harap kita sama-sama berubah dan mematuhi dan mempelajari fungsi tidur yang cukup ini ,supaya system badan kita tidak mudah di serang oleh mana-mana bacteria atau virus yang akhirnya memudahkan kita mendapt penyakit. Ingat, jaga tidur, Jangan lebih dan jangan kurang ! ^_^

sekian.

1 comment

PeRdU cINta said...

Lebih tidur letih..kurang tidur lesu yang lebih teruk dari letih..besederhana dalam setiap tindakan..

Powered by Blogger.