Header Ads

Harga Minyak Naik selepas Sebulan TURUN !


Hai,

HARGA MINYAK NAIK I Mesti korang fikir, ubai ni keja nak update bila harga minyak naik ja, time minyak turun harga tak mau update laa.. hahaha ni pun aku update lambat ya, aku pun dah kena isi minyak dengan harga yang baru ni. tu yang baru teringat nak update tu.

korang tahu , Awal september baru-baru ni kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen. dan aku ingat ia bertahun untuk beberapa bulan. tetapi masuk bulan october, harga minyak yang baru di umumkan dengan kenaikan 10 sen.iaitu kembali ke asal seperti yang kita tanggung di bulan ogos dahulu .

 

Aku nampak kebaikan dari segi ekonomi negara mungkin naik sikit. tetapi keburukan yang harus di tanggung oleh rakyat amat lah banyak sebab ia melibat kan bahan mentah dan juga barang kegunaan rakyat awam. Disebabkan itu juga, aku keluarkan satu kesimpulan yang mana harga minyak naik atau turun tetap tak akan mempengaruhi harga barang yang akan naik bila harga minyak naik. faham tak ?

selama sebulan kita dengan harga minyak yang murah, aku dapati harga barang mentah sama sahaja seperti bulan ogos. jadinya tiada perubahan , jika sebelum ini ada pembaca-pembaca politik meminta peniaga untuk turut sama menurunkan harga barang ketika minyak turun harga, kelihatan seperti tiada hasilnya. Aku bimbang, dengan kenaikan 10 sen lagi ini, harga akan melambung melebihi harga yang kita alami di bulan ogos dengan nilai minyak yang sama seperti hari ini.

cuba fikir-fikir kan lah ya.

Aku tulis ni bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, aku melihat situasi rakyat bawahan yang mana belum tentu lagi mereka tahu rezeki mereka bagaimana untuk hari esok dan lusa. tak nak tengok rakyat kita mengemis di negara sendiri sedangkan menteri-menteri mengatakan bahawa Malaysia menuju ke arah negara maju. Moga sosioekonomi masyarakat kita kembali pulih, tidak kira melayu ,cina India dan lain-lain.

sekian.

CARA MENDAPATKAN PETROL LEBIH  >> KLIK SINI


No comments

Powered by Blogger.