Header Ads

Kisah Seorang Ustaz dengan Peminta Derma !

KISAH SEORANG USTAZ DENGAN PEMINTA DERMA I Kisah ini aku nukilkan dari ceramah ustaz Mohd Husam Dato Baderudin di Masjid Sg Tiram,Pulau Pinang . Dalam Forum semalam, beliau menceritakan satu kisah yang di alaminya pada bulan ramadhan tahun ini. 

Satu hari dia menemani isterinya ke Pasar Ramadhan, oleh kerana parking kereta penuh , jadi dia ambil keputusan untuk tunggu isterinya di dalam kereta . Dalam kereta beliau tunggu sambil mendengar CD ayat al-quran. Qari sedang membaca surah dhuha, sampai ayat ke 10 surah ad-dhua , beliau memberhentikan permainan radio tersebut.

Sambil mentadabbur ayat ke 10 surah dhuha yang membawa maksud : 

 apabila orang meminta, janganlah kamu mengherdik 


Tiba-tiba, tingkat kereta beliau di ketuk oleh seorang lelaki pakistan, berjubah putih dan berkopiah .Lelaki tersebut hendak meminta derma untuk sekolahnya di pakistan . Kemduian ustaz pun meminta bukti betul ke tidak, dia minta derma. apabila ustaz tngok file yang di beri, kandungan dia seperti pakistan lain2 yang meminta derma. ustaz cakap macam copy dari internet ja. kemudian ustaz kata, dia pembohong.

tiba lelaki tersebut membaca ayat surah ad-dhuha ayat yg ke 10. ayat yang sama ustaz tadabbur sebelum dia berjumpa dgn lelaki pakistan tersebut. Ustaz terkejut dan tanpa fikir panjang terus membuka beg duit beliau dan terus keluarkan duit yang ada ketika itu dan berikan kepada Lelaki pakistan tersebut . Kemudian lelaki pakistan tersebut terus mendoakan ustaz dan berlalu pergi.



Kejadian itu di perhatikan oleh isteri ustaz dari jauh. bila dia kembali ke kereta, dia terus tanya ke suaminya tu, dgn sapa dia bersembang tadi. ustaz pun cerita la peritiwa tu, apa kata isteri nya, " tak pa bang, nanti Allah bagi yang lebih baik tuk abang "

Kemudian mereka balik dan buka puasa, lepas solat maghrib ustaz nak pergi beri tazkirah ramadhan di sg Petani Kedah, bliau mengambil beg duit dia, sbb ada lesen dan Ic dalam beg nya itu, kemudian beliau dapati, bahawa beg duit dia tebal, dia hairan kemudian dia buka beg duit tersebut, dia tgk duit yang dia telah dermakan masih ada dalam beg duit dia. Dia memanggil isterinya dan menceritakan peristiwa pelik tersbut.

Isteri ustaz juga berkata yang dia nampak adalah seorang lelaki berjubah putih dan bertangkup dengan kain putih di kepala, tetapi ustaz nampak lelaki berjubah putih dengan berkopiah tanpa kain menangkup kepala lelaki tersebut. Siapa lelaki itu, wallahua'lam, hanya Allah sahaja mengetahui.


Pengajaran dari cerita ustaz ini ada satu hadis Nabi lebih kurang bunyinya " Jika datang seseorang meminta kepada kamu, jangan terus tolak, jawab dengan baik, kalau tak mampu tolong, tolak lah dengan baik, kerana kadang-kadang yang meminta  itu bukan dari kalangan manusia, mahu pun jin tetapi mungkin merupakan penilaian sama ada kita menguruskan harta kita dengan baik atau tidak "
lebih kurang bunyinya sbb aku petik dari ceramah ustaz itu sendiri jadi tak da yang teks asal.


Semoga kisah ini , menjadi iktibar buat kita untuk terus menderma kepada orang, jangan menilai orang kerana rupa paras semata. aku mohon maaf kalau ada salah silap bila aku ceritakan kembali dalam bentuk penulisan ini. aku ceritakan apa yang ustaz husam cerita kerana ini pengalaman beliau sendiri. Moga bermanfaat untuk kita semua. Jangan KEDEKUT ya !

sekian.

5 comments

yaya cendana said...

TQ...

Anonymous said...

Assalamualaikum. Baru lepas sedekah pada tukang cuci di pejabat ini. Tiba2 terbaca blog anda ini tentang bersedekah. Subhanallah. Maha Besar Allah. Terima kasih kerana sama2 mengingatkan.

anazarin said...

Perkongsian yang menarik...macam pernah dengar kisah nie

anazarin said...

Perkongsian yang menarik...macam pernah dengar kisah nie

Amir said...

Sesiapa yang bersedekah akan digandakan rezekinya

Powered by Blogger.