[ Travel ]CARA NAK BUAT ROADTRIP YANG TERBAIK !
TRAVEL I Bila musim cuti sekolah ini, selain dari YES. bercuti adalah perkara paling menarik untuk di lakukan. oh yaa, Apa itu YES ? Year End Sales. haahaha, orang perempuan mesti dah terer bab tu kan. korang dah shopping apa dah sempena YES ni ?
kali ini aku nak kongsi kan cara nak buat roadtrip. aku rasa sebelum ini aku sudah pernah buat tips travel . kali ini, kita buat sekali lagi, tapi ini untuk roadtrip pulak ! berikut adalah cara nak buat roadtrip yang terbaik ! .
1. PLAN
Dalam banyak-banyak cara, ini paling susah. Kita nak mulakan sesuatu yang orang jarang buat.atau dalam bahasa mudah. member-member kita tidak ada yang jenis kaki berjalan macam kita ni. so, kita sebagai planner kena la bersedia secukupnya dari segi plan yang complete. ini untuk mengelakkan dari kita dia niaya oleh kawan kita sendiri .contohnya , ungkit balik perjalanan roadtrip yang tidak menjadi dan sebagainya.
2. CHECKLIST
Ini perkara penting, take note ya . Ingat, kita ni manusia, bukan semua benda kita akan ingat dan ambil peduli. tambah-tambah lelaki, mesti ada yang slack satu dua item. kalau perempuan , mesti dia tertinggal pin tudung dia. hahaha
Dengan adanya checklist seperti ini, kita tahu apa yang kita nak bawa dan apa yang kita nak tinggal.checklist ini juga dapat menjimatkan wang kita bila kita pergi bercuti. bezakan barang yang boleh di bawa dan tidak boleh dibawa. bezakan antara barang yang boleh didapati di tempat yang kita lawati dan barang yang kita tak boleh dapat semasa roadtrip kita.
3.REALISASIKAN
Bertabahlah , bila kawan-kawan yang kita ajak travel sekali itu, tiba-tiba cancel last minit. itu lah yang amat mengecewakan. nak cari teman dalam masa yang suntuk agak sukar. jadi kita terpaksa la pergi sorang -sorang. maka berhuhu la seorang diri. bila dah sampai tempat yang kita nak lawati ini, lupakan segala kegagalan yang merugikan kita. tengoklah tempat yang kita lawati itu dengan sebaik-baiknya .^^
Begitulah adat atau cara bila kita nak buat roadtrip. Kalau kita pernah sekali gagal buat roadtrip. jangan risau, masih ada 2 dan 3 kali lagi untuk kita cuba. Jangan lupa buat List belanjawan. takut nanti kita over bajet dalam bercuti. bila balik dari cuti,sengkek lak nanti kan. hehe
Nah, aku kongsi kan satu link mengenai roadtrip dan 7 pengalaman yang " Best weh " untuk korang baca (KLIK SINI). Semoga plan road trip korang menjadi kenyataan la ye ^_^ . Dalam link yang aku bagi tadi tu, ada tersenarai pengalaman yang " best weh " semasa kita buat roadtrip. itu la lifegoal bila kita buat roadtrip.
Haaa, apa yang best wehnya tu ? tengok dekat link yang aku bagi tu ya. dah2 aku nak sambung transfer data phone ke laptop. phone aku asyik hang ja. sedih-sedih. hehe ada yang nak sponser iphone ke ? boleh aku buat review FREE hehehehe..
oklah , selamat ber roadtrip ya !
sekian.
Post a Comment