Header Ads

EPISOD AKHIR DRAMA ANAKKU DIVA


EPISOD AKHIR DRAMA ANAKKU DIVA I Drama bersiri setiap hari jumaat hingga hari ahad yang di tayangkan di TV3 berjaya menarik minat penonton untuk menonton drama tersebut sehingga akhir . Sebentar tadi baru sahaja berakhir drama tersebut . Drama yang bertajuk Anakku Diva mengetengahkan elemen kekeluargaan dalam drama ini menjadikan dia lain dari drama berdasarkan Novel.

Drama 13 episod  yang di bintangi oleh Janna Nick ,Ardell Aryana ,Ramona Zamzam dan beberapa lagi pelakon hebat berjaya menyampai mesej kepada penonton drama tersebut. Dalam episod akhir , Zahra dan Hussin di culik oleh Dayana dan rakan kongsi hussin.

EPISOD AKHIR ANAKKU DIVA
sumber google

Akibat cemburu dengan kejayaan yang di miliki oleh Hussin, Omar sanggup membuat dan mencari jalan mudah untuk menghancurkan perniagaan Hussin .Dengan bantuan Firdiey, mereka 6 orang anak dara ni pergi serbu tempat yang dikatakan oleh dayana . Mereka pergi ke tempat yang tersembunyi di dalam hutan di mana dekat situ mereka bertemu dengan Hussin dan Dayana.

Mereka berpecah dengan tujuan untuk mencari ibu dan bapa mereka.Tetapi Apa yang jadi, Amanda, Melati dan orked di tangkap oleh dayana . Dan mereka di ikat. setelah berjam mereka mencari jalan bagaimana nak lepaskan ikatan tersebut. Amanda dan Emi bertanya kepada orked sama ada dia boleh buka ikatan tangan tu ke tidak. rupa-rupanya Dayana tidak mengikat tangan Orked. apa lagi bising la kakak orked dua orang ni. hahaha

Orked cuba buka ikatan kakaknya tetapi gagal. Dan mereka keluarkan satu idea iaitu depa nak takutkan dayana. Kebetulan Orked ada bawa make up sekali dalam begnya. maka dia pun make up jadi hantu. part ni lawak. apabila dayana melihat orked dengan mukanya yang hitam setelah di make up, kemudian dayana lari meninggalkan rumah tersebut.

Akhirnya, Omar tidak berjaya dengan rancangannya untuk mendapatkan tender projek syarikat hussin. part omar berakhir dengan dia di pukul secara berjemaah oleh keluarga Hussin.di akhir episod ,Emi meminta Firdiey untuk masuk meminang kenanga.Dia sanggup kehilanagan cintanya demi keluarga .

Apa yang menimbulkan persoalan dalam cerita ini , apa yang terjadi kepada omar dan dayana ? dan yang kedua adalah kenapa Mama (Isteri Pertama ) Hussin kembali di episod akhir ? aku rasa akan ada sambungannya nanti. aku rasa lah. sat nak tanya janna nick. haha Aku boleh katakan ending dia happy tetapi tergantung.

Kalau korang yang terlepas Semua Episod Anakku Diva , aku ada tulis sinopsis setiap episod kecuali episod satu untuk korang baca. korang boleh ke [ Pautan ] ini . So far, apa pendapat korang mengenai drama 13 episod ini ?

bagi aku best dan menarik, kami satu family menghadap drama ni. haha mungkin sebab wataknya guna loghat utara kot. lebih dekat dengan kami orang penang. haha .kongsikan pendapat korang tau !

sekian.

No comments

Powered by Blogger.