Header Ads

KRITIK TIDAK SEMESTINYA UNTUK MENJATUHKAN !


TERIMA TEGURAN I Selalu bila kita down dan bersedih dengan komen orang kepada kita, mesti ada suara-suara yang akan mengatakan " orang kritik kita tu tak semestinya berniat jahat atau menjatuhkan kita ". betul tak ? tapi berlaku sebaliknya bila kita yang di kritik tidak mampu nak menerima kritikan orang lain malah mengatakan kritikan tersebut berunsur untuk menjatuhkan kita.

Kita berhak dalam menilai kritikkan orang kepada kita tetapi kita tidak berhak mengatakan kritikan orang kepada kita itu salah melainkan ia betul-betul salah. orang kritik kita sebab kekurangan kita, jadi kita kena improve diri kita.

Susulan Review blogger emas putih  a.k.a uzu mengenai Restoran Fizo Mawar Kitchen. aku baca kedua-dua penulisan uzu dan juga penulisan dari mstar.com. Apa yang boleh aku simpulkan adalah hak seorang blogger untuk menilai dan mengkomen sesuatu perkara yang di laluinya.  Sebab hak menilai merupakan hak individu.


Tugas blogger adalah kongsikan apa yang di lalui mereka kepada pembaca-pembaca blog mereka. aku pun ada pembaca-pembaca yng setia menanti artikel-artikel aku.Dan telah menjadi kewajiban kepada blogger-blogger untuk menulis perkara yang betul-betul dan benar. Bagi aku personally, aku yakin apa yang uzu tulis berdasarkan pengalaman dia bukan di reka-reka.

Blogger kalau dia buat review, dia akan sedaya upaya membantu untuk menolong pemilik kedai yang di review supaya bisnes mereka bertambah maju. tetapi kalau yang realiti berlaku kepada nya tidak seperti yang di harapkan, tak mungkin blogger akan menipu pembaca blognya. kalau salah,kena kata salah. kalau betul kena kata betul.

aku tulis benda ni bukan nak backup sapa-sapa cuma nak bagitau kadang-kadang kita kena terima apa yang di kritik dengan hati yang terbuka. zaman sekarang zaman media sosial, semua orang tak terlepas dari kena kritik secara direct mahupun tak. so, kena terima seadanya kritikan tersebut. dan ubah mana yang patut.

korang yang tak tahu kronologi apa yang berlaku , dekat bawah ini aku susun link blog uzu mengenai komen beliau ya.

1. Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan !
http://www.kisahemasputih.com/2016/01/review-restoran-fizo-mawar-kitchen.html 

2. Permohonan Maaf FizoMawar Kitchen Terhadap Review Emas Putih : : 
http://www.kisahemasputih.com/2016/01/permohonan-maaf-fizomawar-kitchen.html 

3. Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/01/08/fizo-omar-restoran/ 

setiap teguran yang di berikan bukan niat untuk menjatuhkan. faham elok-elok ya . aku yakin kalau seorang blogger menerima jemputan untuk review restoran, pastinya hanya akan keluar sisi baik hasil dari apa yang diberikan ketika review tersebut. tapi yang berlaku selepas review tersebut bukan tanggungjawab blogger itu dah. dia hanya review atau komen mengenai perkara yang berlaku pada hari kejadian sahaja.

kalau pembaca mengalami sebaliknya maka itu adalah kerana restoran tersebut bukan salah blogger yang mereview. Inilah beza review restoran yang di jemput dengan review restoran tak di jemput. selalu akan jadi lain dari lain. aku cadangkan korang baca dulu entri-entri komen yang ditulis sebelum korang keluarkan konklusi korang sendiri ya. belajar untuk adil dalam menilai.

Apa yang aku tulis dalam entri ini adalah komen aku personally sebagai blogger dan apa yang aku baca dalam ketiga-tiga komen dari entri yang aku senaraikan di atas. mungkin pendapat kita berbeza dalam menilai, berlapang dada dengan setiap pandangan. mohon maaf atas salah silap.

sekian.


No comments

Powered by Blogger.