Header Ads

Sudah-sudahlah Viralkan ..

Banyak perkara yang di bincangkan di media sosial sejak dua menjak ni, terutama sejak memasuki tahun 2016. Pelbagai pandangan dan komen di lontarkan di media sosial dalam satu-satu isu yang di ketengahkan .Tidak kurang juga yang komen sambil menggunakan kata-kata kesat .

aku cuma nak minta kita yang menggunakan media sosial, berfikir sebelum menaip dan komen .Aku tahu korang hebat berhujah di media sosial, tapi tak elok lah kalau asyik guna kata-kata kesat dan maki hamun ja. bahasa melayu ni bahasa yang unik, ada tatabahasanya yang cantik, tapi korang tetap pilih yang buruk juga.
viral

Yang kedua, sebelum viralkan sesuatu ,semak dahulu isu dan point yang kita nak viralkan. Jangan Viral dahulu baru nak semak. tak guna dah kalau macam tu. Umpama hangpa buang air besar, lepas tu baru nak cari toilet. faham kan maksud aku.

Baru-baru ini , masyarakat media sosial viralkan isu yang melibatkan pusat urus zakat . ada keluarga-keluarga yang tidak berkemampuan mendakwa mereka tidak mendapat pembiayaan zakat. tetapi apabila di semak sendiri oleh pihak zakat, mereka menerima pembiayaan dari pihak zakat. yang viral sebelum tu jadi macam mana ? kita sebarkan perkara yang tak betul. adakah itu fitnah ?

sebab itu orang selalu guna kaedah " tabayyun " atau dalam bahasa melayunya semak atau kaji dahulu sebelum buat sesuatu benda.semak dan lihat lah satu persatu, kalau ada isu yang bersifat kronologi atau rentetan ari satu isu ke satu isu yang lain. buatlah timeline sendiri sebagai rujukan. biar nampak macam noob tapi kita faham isu yang berlaku.

viral

aku rasa sepanjang 5 tahun blog kataubaid.com ni hidup, aku dah tulis banyak kali dah pasal cara nak viralkan dan perlunya kita kaji dahulu isu-isu yang berlegar agar tidak menimbulkan fitnah . Susah kalau fitnah dah berlegar dalam masyarakat. kita tak kena takpa, orang yang kena fitnah itu yang kesian .

Aku harap korang fahamlah apa yang aku cuba sampaikan. Jadilah pengguna media sosial yang bijak dari segi tutur kata dan tulisannya mahupun akhlak juga. tulisan kita lambang akhlak kita. maaf atas segala salah silap .

sekian.



Korang Rasa Antara 4 YouTubers Ni... Siapa Yang Boleh Pergi Jauh?>> KLIK SINI

3 comments

y i e n said...

"Aku haram korang fahamlah" hikhik..!

Neways betul.. Mmg setuju sangat.. Zaman skrg semua pon nak main viral2 je, huh..!

Ubai Ismail said...

oppss..typo lak, thanks sebab tegur. hee

Unknown said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Powered by Blogger.