TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI DI MALAYSIA 2016 !
TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI SEPANJANG 2016 I Alhamdulillah, sekarang sudah masuk ke tahun 2016, usia kita makin meningkat, kematangan kita juga harus meningkat. perancnagan sepanjang tahun mesti korang dah buatkan.cuma kali ini aku nak tambah sikit je dalam perancangan korang mengenai tempat-tempat menarik untuk di lawati dan yang pastinya,tidak akan mengecewakan anda !
Aku nak cadangkan korang mai Negeri Pulau PInang. kalau sapa anak negeri pulau pinang tu, balik la kampung weh. sebab apa tahun 2015 merubah landskap negeri pulau pinang kepada negeri pelancongan.banyak tempat menarik di pulau pinang yang aku sendiri pun tak habis lagi explore.
GAMBAR SUMBER : SAYS.COM |
Di Pulau Pinang ada banyak tempat menarik seperti, Art Street , Padang kota , Taman negara, Toy museum dan macam-macam lagi tempat yang korang boleh lawati. Tempat Tinggal atau hotel atau budget hotel pun makin banyak di negeri Pulau Pinang. Korang hanya perlu pilih sahaja.
Selain terkenal dengan tempat menarik, makanan di negeri pulau pinang juga tidak mengecewakan. Sebab tu, Pulau Pinang di gelar syurga makanan . Dekat sini paling mudah nak dapat makanan terutamanya makanan berat. kadang-kadang itu,lapar tengah malam pun masih boleh pergi cari makanan di kedai-kedai berhampiran.
Buat yang menggemari majlis Ilmu, pulau pinang juga terkenal dengan pusat penyebaran majlis ilmu di sekitar utara ini. banyak para ustaz dan ustazah , alim-ulama yang berkunjung ke pulau pinang dan menyampaikan kuliah agama kepada penduduk sekitar.
banyakkan perkara menarik di pulau pinang kan. sebenarnya bukan pulau pinang sahaja yang ada tempat menarik.kang ada yang merajuk dengan aku lak, ish , ubai ni, tempat aku pun menarik jugak. hahaha, korang mesti kata macamtu kan. hehe
Betul, ada tempat lain yang menarik untuk di kunjungi sepanjang 2016 ini, korang boleh terjah link ini . Dalam link tu dia bagi tau ada 11 tempat menarik untuk korang kunjungi dan betul-betul berbaloi. haa, tempat apa ? korang tengok dekat link tu ya .
selamat membuat perancangan !
sekian.
Post a Comment