Header Ads

[ TERKINI ] PERUTUSAN KHAS PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016


PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016 | Hari ini seperti dimaklumkan adalah hari yang akan dibentangkan semula bajet 2016 dalam bentuk pengubahsuaian kepada yang lebih baik. Pada jam 12 tengah hari tadi,telah berlangsung Pembentangan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 . Ia di bentangkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

Najib, Pengubahsuaian bajet 2016

Antara yang sempat aku dapatkan info adalah mengenai Biasiswa JPA dan ada beberapa lagi yang di higlightkan oleh Perdana Menteri antaranya Pengurangan Caruman KWSP pekerja di kurangkan 3% Mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017 .

Di bawah ini aku kongsikan, mengenai Biasiswa JPA kepada Pelajar dalam pengubahsuaian bajet 2016 .

67. Meski apapun yang berlaku, Kerajaan tetap memberi jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak kita. 
Dengan ini, Kerajaan bersetuju, untuk meneruskan empat program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti berikut:

Pertama, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia. 

Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis. 

Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara; dan

Keempat, Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara. 

68. Seterusnya, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa. 

69. Selanjutnya, bagi mempastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan. 

70. Untuk pengetahuan ramai, pada masa ini sahaja, seramai 25 ribu pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program-progam ini. 
Makanya, sebagai tambahan, saya mahu menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju dengan tambahan seramai 15 ribu pelajar baru untuk program MyMaster, 5 ribu pula untuk program MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA, akan diberi tawaran. Kesemua program ini akan diberi peruntukan tambahan sebanyak 300 juta ringgit.

sumber : BHonline .

Untuk intipati Penuh Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 . korang boleh ke pautan berikut [ PAUTAN ] Apa yang menjadi harapan Aku adalah segala masalah rakyat dapat di kurangkan dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 ini.

Aku masih dalam pembacaan Pengubahsuaian Bajet 2016 ini. Jadi aku tak nak buat sebarang komen lagi. huhu

sekian.

Jemput Like Page aku  [ KLIK SINI ]

1 comment

Powered by Blogger.