Header Ads

BELA KUCING LEBIH BAIK DARI HIDUP DALAM PERHUBUNGAN !


BELA KUCING I Agak keterlaluan sangat ke tajuk entri ni ? hehe Jangan risau entri ini tidaklah seperti yang di sangka . Bukan nak memburuk-burukkan manusia tetapi untuk perkongsian santai sahaja. Sebab apa ada sesetengah insan-insan yang bercinta akan berkata " lebih baik aku bela kucing dari aku couple dengan dia " .
Tips berhubungan

satu perkara yang perlu kita ambil tahu sebenarnya. Kadang-kadang kita susah nak bersosial dengan kawan-kawan kita. ada yang boleh di ajak bersembang dan ada yang tidak boleh langsung ajak bersembang dan berkawan tapi dia nak jadi kawan kita. hehe Atas sebab itulah kita yang mengharapkan something dari mereka akan cepat marah dan melenting bila kita tidak dapat apa yang di harapkan.

Bagi aku, ada betul juga " jaga kucing lebih baik dari ber couple atau dalam perhubungan " . antara sebab utama, kita tidak akan di sakiti jiwa dan raga. Kita juga tak akan mengharapkan sesuatu lebih dari apa yang sedia ada. Kucing pun selalu je happy dan kalau gaduh pun, dia gaduh dengan geng dia jer, tak gaduh pun dengan kita. betul tak ?

adat lah pasangan bercinta itu bergaduh dan berkacaran antara satu sama lain. ujian untuk orang bercinta. tetapi tidak lah kita perlu menghukum semua perkara yang pasangan kita buat yang tidak kena dengan kita sebagai satu benda salah dan tidak ada ruang untuk dia bebas dalam kehidupannnya.
Tips berhubungan

aku bagi tau ini adalah untuk pasangan yang bercouple yang sudah berkahwin. tiada istillah couple sebelum kawin. harap semua faham benda tu. kadang-kadang orang berkahwin , ujian dia lebih berbeza dan lebih bahaya daripada orang bujang. jadi tekanan memuncak dalam perhubungan menyebabkan mulut ini mengeluarkan kata-kata seperti " lebih baik aku bela kucing dari kawin dengan dia ".

Controllah kemarahan kita . adab sebagai suami isteri kena jaga. simpan rahsia rumah tangga kita . hanya suami dan isteri kita sahaja yang tahu  rahsia keluarga . tak perlu updat estatus fb atau update entri dan sebagainya. bincang elok-elok dan akan ada jalan penyelesaiannya.

Lepas ni jangan keluar lagi istillah " bela kucing lebih baik dari kawin dengan dia " tau. . orang bela kucing akan tahu sebab apa tajuk entri atas ni merupakan situasi sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita.

hehe. fikir jangan tak fikir .

sekian.



No comments

Powered by Blogger.