HISAP GANJA UNTUK HILANG TEKANAN KOS SARA HIDUP- PENOLONG S/U UMNO CAWANGAN !
HISAP GANJA UNTUK HILANGKAN TEKANAN KOS SARA HIDUP I Seperti yang di laporkan oleh blog Astro awani pagi tadi mengenai saranan yang di berikan oleh Penolong S/U Pemuda UMNO cawangan Pusat Bandar taman cepaka, bahagian pandan agar kerajaan menimbang semula mengenai penggunaan ganja kepada masyarakat .
Saranan ini di buat bertujuan untuk membantu rakyat malaysia dalam menangani tekanan hidup kerana peningkatan kos sara hidup .katanya , kesan dari mengambil ganja kurang berbanding kesan ambil rokok dan vape.
baca artikel dari Astro Awani : 'Hisap ganja untuk hilangkan tekanan kos sara hidup' - Syed Rosli
bagi aku, untuk menangani masalah tekanan peningkatan kos sara hidup, kita seharusnya memikirkan cara yang lebih effektif . Contohnya, kita fikir cara untuk menaikkan semula ekonomi diri, keluarga dan masyarakat.
Hal ini sudah semestinya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengembalikan ekonomi negara kepada tahap yang sepatutnya . kalau kita ambil kaedah untuk mencari alternatif lain contohnya dengan mengambil ganja . apa pula efeknya kepada masa hadapan ?
aku nampak, kesannya hanyalah bersifat kepada individu yang mengalami tekanan berdepan peningkatan kos sara hidup sahaja. Tidak membantu untuk membangunkan ekonomi negara untuk kembali kepada tahap yang sebenar.
aku ada baca di internet. antara kelebihan mengambil ganja terhadap kesihatan adalah membantu menguatkan sel otak disamping membantu menyembuhkan penyakit dalam badan dan juga membantu mengembalikan semangat kepada yang menggunakannya.
tidak lepas juga kesan buruk dari pengambilan ganja.Antaranya adalah mengganggu kematangan para remaja kita. di tambah pula ia akan menggangu emosi orang yang menggunakannya. Akan berlaku pengasingan kita dengan masyarakat jika kita menggunakan ganja kerana dia akan menyebabkan kita lebih gemar mengasingkan diri .
aku bimbang, kita cari alternatif untuk selesaikan satu masalah , tetapi masalah lain yang timbul . lebih baik kita terus kawal dan selesaikan masalah yang core atau pangkal masalah tersebut. jika ekonomi, kita selesai kan mengikut cara ekonomi. bukan menutup kelemahan kerajaan dengan cari alternatif lain.
aku minta maaf sebab aku tak arif dalam hal ini. sekadar perkongsian peribadi aku terhadap isu yang melanda. sebarang komen di alu-alukan.
sekian.
Post a Comment