KELEBIHAN MENGETAHUI KARAKTER SESEORANG MELALUI CARA MEMANDU !
KETAHUI KARAKTER ORANG I Selalunya, orang mudah memerhatikan kita . mereka memerhatikan cara kita berjalan, cara kita makan , cara kita minum dan pelbagai lagi cara yang kita sendiri kadang-kadang fikir macam tak masuk akal. Mungkin orang-orang macam ni gemar membaca karakter seseorang .
Antara yang aku nak kongsikan , hasil pembacaan aku di Blog Ini Mengenai Karakter seseorang berdasarkan cara memandu . Yang pertama, aku tertarik dengan point mengenai bagi Signal ketika membelok . Selalunya, kita akan marah kalau orang tak bagi signal ketika nak masuk ke simpang . betul tak ? tetapi bila kita buat, kita tak marah dekat diri sendiri pulak .
Dalam entri tersebut dia mengatakan bahawa, orang yang membelok ke simpang tanpa bagi signal adalah seorang yang kurang bersabar .Tetapi kalau dia bagi signal , maknanya dia seorang yang penyabar dan bertimbang rasa.
Tetapi bagi aku , kita boleh berfikiran terbuka. Kadang-kadang kita tak perasan dan terlupa nak bagi signal bila membelok, tak kan kita mudah di cop sebagai orang yang tak sabar. bayangkan korang buat baik 9 kali, 1 kali korang buat salah .tak kan kita nak hukum 9 kali tu pun salah juga. betul tak .
yang penting jangan buat secara sengaja. sebab merbahaya kepada pengguna lain.
Kalaulah pasangan korang memandu kereta, agak-agak karakter apa yang korang selalu tengok diorang buat ? sama ada kebersihan kereta ke ? bawa kereta laju ke slow ? jom kongsikan dengan aku . Sebelum tu, korang cuba baca Entri ini untuk mengetahui peribadi pasangan anda ketika memandu terutamanya lelaki ! . kemudian sharekan pendapat korang dekat komen bawah ni tau. :)
sekian.
Post a Comment