SETAHUN GENAP PEMERGIAN TGNA , RAMAI YANG MERINDUI BELIAU !
TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT I Tanggal 12 Febuari 2015, Seluruh Rakyat Malaysia di kejutkan dengan pemergian insan yang baik akhlaknya iaitu TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masa itu ramai yang tidak menjangkakan beliau akan pergi dengan begitu cepat.
Beliau terlantar di hospital beberapa minggu kemudian insan yang baik akhlak ini pergi meninggalkan kita semua.Sungguh hebat akhlak beliau dalam mendidik rakyat Malaysia . Ramai yang mengutuk beliau ketika hayatnya kerana berbeza pendapat dengan mereka. tetapi bila beliau sudah tiada, yang pada awalnya musuh akhirnya kembali memuji-muji beliau.
TGNA , satu nama yang tidak asing bagi rakyat negeri kelantan malah seluruh Malaysia mengenali beliau. Didikan beliau dengan Islam terhadap masyarakat tetap di rasai sehingga hari ini. ramai yang berkata " Tiada yang mampu menggantikan TGNA " .
Sungguh, aku ini bukan lah insan yang bertuah kerna aku belum pernah berjumpa dengan TGNA secara depan-depan. Acap kali melihatny di kaca tv memberikan dorongan kepada aku utk berazam menjumpai beliau. namun Allah lebih menyayangi beliau.
Pelbagai cabaran yang di terima bila TGNA sudah pergi. terutamanya dalam bidang politik .Ramai antara ahli politik menggunakan Nama TGNA untuk melariskan hujah mereka. Kadang-kadang hujah yang di ketengahkan itu bukan betul-betul bersandarkan apa yang TGNA cakap semasa hayatnya.
Baliklah kawan,teman dan sahabat. kembalilah kepada ISlam yang syumul . Bantulah dalam perjuangan Islam, jangan kita tercicir dari mereka yang sentiasa memperjuangkan Islam. Sungguh, aku impikan duduk bersama Para Rasul dan Ulama di dalam syurga kelak.
Al-fatihah
sekian.
Post a Comment