VIDEO ADIK NEELOFA I Pertamanya, sebelum aku mulakan entri ini, aku harap kita kosongkan minda dan emosi kita dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat jika ada. Aku tahu, ramai yang mengecam adik neelofa kerana pendapatnya mengenai sekolah dan sistem di sekolah termasuk perbezaan cikgu-cikgu malaysia dan international School . Cumanya aku minta korang letak tepi dulu emosi marah korang tu. dan teruskan membaca dengan hati yang terbuka ! .
Bagi aku, kita tidak perlu mengecam atau mengutuk Adik neelofa yang bernama Ameera ini . Sebab nya adalah video yang di lakukan ini merupakan pendapat peribadi beliau. jadi dalam menyuarakan pendapat, kita tidak boleh nak kata dia salah 100 % dan kita betul 100 % . Mungkin perkara yang dialami oleh Ameera tidak di alami oleh kita. begitu juga apa yang di alami oleh kita tidak di alami oleh ameera .
Okay, ramai dah yang kecam aku ni. hahaha cuma kita cuba fikir positif . komen dan pendapat dia ada juga betul dan mungkin ada salah pada pandangan aku .Kalau dari segi education dalam malaysia ini,tidak di nafikan kita duduk dalam sistem yang mana kepandaian di ukur dengan keputusan peperiksaan. Kita pernah ambil exam , kita tahu bagaimana susahnya nak jawab exam. dan jika satu hari kita ambil exam, dan kita sakit ketika itu.apa yang kita belajar tidak mampu diterjemahkan ke dalam kertas soalan. jadi apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita ? ada ke orang interview tanya, awak sihat ke time exam ? atau ada ke orang yang interview kita akan menerima alasan yang kita sakit time exam . tak ada !
Kalau point guru-guru pulak, bagi aku cikgu-cikgu di Malaysia dah cukup kreatif dan banyak idea-idea mereka yang segar dalam menarik minat pelajar ke sekolah . Sebenarnya budak-budak pergi sekolah amatlah ramai.yang malas dan buat alasan banyak tak mau pergi sekolah bagai tu sikit ja. dan kita nak jump into conclusion terus mengatakan cikgu salah dan cikgu tidak kreatif nak tarik minat budak-budak ke sekolah . tak patut wehh.
apa-apa pun ini hanya pendapat aku dan aku tak salahkan pendapat ameera . sebab masing-masing punya pendapat. inilah yang bestnya bila kita kongsi pendapat. dapat tahu banyak benda. anyway aku suka sangat style ameera ni cakap. hehe
sekian.
pendapat itu adalah untuk di raikan bukan untuk di kecam . :) apa pendapat korang pulak ?
ermm tak dapat tengok videonya..tak apalah..apa pun pendapat kita dan beliau..setiap orang ada hak untuk bersuara dan menyuarakan pandangan masing masing...
Post a Comment