MARAH DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL !
MEDIA SOSIAL I Baru semalam aku update pasal akibat salah viral . hari ini terpampang di wall facebook aku mengenai wajah pengantin perempuan dengan hantaran 15k yang viral semalam. Gambar itu di muat naik oleh satu page atau satu account di facebook. aku nak tegur sikit jer sebab aku betul-betul konfius ni.
Pertama, kenapa kita perlu cari maklumat sampai ke tahap itu ? tak ke namanya mencari aib orang . Kalau setakat nak dapatkan publisiti murahan dari pengunjung facebook, tak payah lah sebab tak berbaloi pun. dunia mungkin kita fames tapi dekat akhirat cam na ?
ye aku tau, aku pun kadang-kadang terlepas dalam share like atau comment mengenai satu-satu isu, itu aku mohon maaf.tapi kali ini memang aku rasa tak patut langsung bagi kita yang tidak kenal pengantin dan keluarga mereka mencari dan menyebarkan aib mereka di khalayak umum.
Setakat komen dalam konteks apa yang di sampaikan oleh surat khabar kosmo , tak mengapa bagi aku. tapi dah melarat sampai isu yang di komen dan di ulas lebih dan sudah lari konteks asal . isu yang asalnya mengenai wang hantaran tidak cukup dah menjadi isu pengantin 15k/ ermm sorry aku bukan baik sangat tapi aku rasa pengguna media sosial dan kena belajar beradab dengan orang lain/
Pengguna media sosial mudah terikut-ikut dengan syak orang lain. Orang komen jahat, dia pun nak jadi jahat jugak.Cuba fikir sesuatu dari pelbagai sudut. aku dah pernah tulis banyak kali dalam blog aku ni, kita ada banyak pilihan, tapi kenapa kita selalu pilih yang negatif sahaja berbanding positif. mungkinkah kita sudah banyak amal baik yang di lakukan ?
Fikir-fikirlah ahli-ahli media sosial sekalian. hari ini mungkin dia mangsa viral , esok lusa mungkin ahli keluarga kita pulak yang viral. Islam ajar supaya kita jaga aib orang.. Kota tak perlu cari sampai ke lubang cacing semata-mata nak bagitau salah orang . Cukup sekadar ahli keluarga yang terdekat yang ada di tempat kejadian sahaja yang tahu.
Semoga apa yang berlaku kepada mereka hari ini,mampu di selesaikan dengan cara yang terbaik antara kedua-dua belah pihak . kita sebagai pengguna media sosial kena hati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat.fikir dahulu, kalau banyak mudarat dari benda baik, tinggalkan lah ia.
aku minta maaf sebab nampak macam marah,tapi bukan marah sebenarnya ia lebih kepada perkongsian. aku tak mau tengok masyarakat aku duduk dalam suasana fitnah menfitnah, takut turun murka dari Allah. Sekarang pun, dah musim kemarau , air sungai, empangan dan lain-lain makin mencetek. entah sampai bila ujian tuhan untuk kita. aku takut sebab ujian turun adalah kerana kita duduk dalam suasana menfitnah macam ni. moga Allah ampunkan kita semua.
kalau aku salah dalam menyampaikan maklumat, tegurlah aku wahai abang,kakak, adik,ayah dan bonda.
sekian.
Post a Comment