MUSIM PANAS MELANDA MALAYSIA ! APA YANG KITA KENA BUAT ?
MUSIM PANAS I Negara kita, Malaysia bukanlah negara 4 musim seperti Mesir, Jepun ,Korea dan sebagainya. Kita mengalami musim panas dan lembab sepanjang tahun . Beberapa hari ini, kita dapati cuaca di Malaysia agak panas . Orang penang cakap " panaih lit lit " . Mungkin sebab perubahan suhu yang ketara menyebabkan rasa panas melampau di negara kita .
Macam di tempat aku ni pun panas juga, keluar rumah pun panas tambah la lagi kalau duduk dalam rumah . Bila musim cuaca panas macam ni , kita kena ambil langkah berjaga-jaga. terutamanya terhadap kesihatan kita. Bila musim panas ni, badan akan cepat letih dan cepat panas . jadi kita kena cool down kan balik suhu badan .
Antara yang boleh kita lakukan adalah perbanyakkan minum air dan kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah . Minum air 8 gelas sehari untuk memudahkan bahagian badan kita memperoleh air yang secukupnya untuk mengelak dihaidrasi .
Kurangkan aktiviti di luar rumah ketika panas melampau untuk mengelakkan kita terkesan dengan bahang matahari . Kerja kenalah pergi. takkan nak duduk rumah jer kan. kalau jadi blogger boleh laa duduk rumah. hahaha
Musim panas ni jugalah badan kita senang berpeluh dan berbau busuk . Jaga kebersihan diri dan tempat tinggal anda. Jangan biarkan 11 bau busuk ini berada di dalam rumah anda . Kebersihan harus di jaga walaupun kita berada di mana-mana.
Oh yaa, lagi satu, banykkanlah mandi untuk menyegarkan badan anda . ada beza mandi banyak kali dan mandi sikit tapi lama. haha aku prefer mandi banyak kali. hahaha at least bila panas jer boleh terus mandi. tak lah simpan sampai ke esok baru nak mandi kan.
apa-apa pun, jagalah kesihatan diri dan keluarga anda. musim panas ni, kanak-kanak lah yang paling cepat kena penyakit. baru-baru ini pun ramai rakan-raka blogger yang ada anak dan anak mereka demam . Mungkin ia berpunca dari cuaca panas yang melampau.
sama-samala kita berdoa agar di turunkan hujan dan di sejukkan bumi ini.
sekian.
Post a Comment