RESEPI PERHUBUNGAN : HARGAI PASANGAN ANDA !
RESEPI I Pertamanya , ubai ni dah buang tebiat ke? tiba-tiba update pasal resepi hubungan ni. hahaha saja suka-suka dan sambil-sambil tu aku nak kongsi juga apa yang aku baca dari pengalaman orang. boleh kan, baik, jom Doktor cinta mulakan dengan senyuman yang paling manis.* cuba bayangkan. hahaha
Ramai pasangan di uji dengan satu perkataan iaitu SYAK . Kita selalu rasa syak dengan pasangan kita bila tindak tanduk dia mula berlainan dari kebiasaan.Syak adalah perkara mula yang muncul bila kita masuk dalam situasi tersebut . tak salah nak syak, cumanya seelok-eloknya duduk berbincang dan selesaikan dengan baik, jangan terus menghukum takut nanti jadi perang besar pulak kan.
Hargai Pasangan Anda. aku pernah terpandang di media sosial mengenai menghargai pasangan anda. tak silap ia di keluarkan oleh ustaz ebit lew. Selalunya , perkara yang di lakukan oleh pasangan kita secara kerap maka kita akan hilang rasa menghargai . contoh pasangan kita rajin masak dekat kita hari-hari, mungkin seminggu dua ,ucapan terima kasih masih keluar dari mulut, selepas itu mungkin sudah tiada kerana ia sudah menjadi kebiasaan .
Sebab itu, kita kena sentiasa menanam dalam diri kita sikap menghargai pasangan kita. kalau tidak pasnagan kita mudah down ,sedih dan sebagainya. Ingat pasangan kita itu juga manusia , mahu di sayangi dan menyayangi. berikanlah hak mereka dengan sebaiknya.
kalau kita mudah menghargai orang,nanti orang pun mudah menghargai kita. kita sayang orang, orang pun akan sayang kita. sebab itu orang selalu sebut, jika kita mampu menghargai orang yang depan mata kita, maka bila dia tiada di depan mata pun, still orang itu akan di hargai. semoga kita termasuk dalam orang yang menghargai pasangan kita.
Cara nak menghargai pasangan Anda :
1. Ucap terima kasih .
2. sering memuji apa yang di lakukannya.
3. Membantu dalam melakukan sesuatu kerja rumah.
4.Bersangka baik dengan pasangan .
Kalau kita cuba terapkan perkara positif dalam keluarga kita ,pasti akan timbul suasana positif dalam keluarga. keadaan akan menjadi tenteram ,aman dan damai .Semoga kita mampu membina keluarga sakinah dan rahmah.
maaf kalau entri ini tidak seperti yang di harapkan . Semoga ia membantu anda mencari jawapan terhadap persoalan anda.
sekian.
Post a Comment