BAKAT MENULIS ITU ANUGERAH !
CARA NAK MENULIS I Bakat merupakan antara anugerah tuhan kepada manusia . Bakat juga terdiri dari pelbagai jenis bakat yang berbeza-beza antara manusia . Bakat juga di umpamakan seperti kelebihan kepada manusia . Selalunya manusia akan mudah berjaya apabila dia menghargai dan menggunakan sepenuhnya bakat yang dia ada.
Begitu juga dengan bakat penulisan . Tidak ramai yang mampu menulis satu penulisan yang baik. Ramai manusia mampu bercakap banyak tetapi tidak ramai yang mampu untuk menulis. Menterjemahkan pemikiran dan juga idea dalam bentuk penulisan merupakan satu anugerah yang perlu di syukuri .
Kebanyakkan idea di lontarkan melalui percakapan ,tetapi sekali sekala ia perlu di lontarkan dalam bentuk penulisan. Penulisan juga mampu mengekalkan keaslian sesuatu idea berbanding idea yang di sampaikan melalui mulut atau percakapan.
Seorang blogger harus bersyukur dengan nikmat penulisan yang di anugerahkan kepada kita. Ramai yang nak jadi blogger tetapi tak ramai yang mampu menulis sesuatu bila sudah ada blog. Ada rakan-rakan kita yang mula berjinak dalam blog , akhirnya mereka berhenti di tengah jalan dengan alasan tiada idea untuk menulis .
Jadi, bagi kita yang selalu update ini, bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada ni . Bagi blogger yang tiada idea, korang pasti ada idea. pasti , kerana aku juga pernah jadi macam korang. apa kata kita ceritakan sahaja apa yang kita nak cerita. buang mind set " segan nanti orang baca lak " . tetapi ia juga terhad kepada penulisan yang tidak bersifat terlalu peribadi .
Contohnya masalah suami Isteri dalam rumah tangga jangan di cerita kan dalam blog. Boleh timbul Fitnah dalam kalangan masyarakat. banyak jer sebenarnya yang hangpa boleh tulis sebenarnya. cuma kena duduk sat dan mula susun ayat. itu jer. aku harap ini membantu korang. :)
Semoga kita sama-sama menjadi penulis sejarah hidup masing-masing .
sekian .
Post a Comment