GENERASI X,Y,Z - KITA DI GENERASI YANG MANA ?
GENERASI X,Y DAN Z I Selalunya bila bersembang dengan kaki gebang , kita akan dengarlah perkataan generasi X,Y dan Z. dengan hujah kita generasi sekian-sekian sekian. aku mula-mula kurang sikit nak percaya benda-benda ni . tapi last-last aku mula faham kenapa mereka mengklasifikasikan manusia mengikut umur . Dan ia di namakan Genarsi X, generasi Y dan Generasi Z .
Berikut merupakan Generasi mengikut umur yang di katakan itu .
1. Pre Baby Boom .( Lahir pada tahun 1945 dan sebelumnya )
2. The Baby Boom ( Lahir pada tahun 1946-1964 )
3. The Baby Bust ( Lahir pada tahun 1965 - 1976 )
4. The Echo of The Baby Boom ( Lahir pada tahun 1977-1997 )
5. Genaration Net (Lahir pada tahun 1998- 2009 )
6. Generation Alpha - ( Lahir pada tahun 2010 - sehingga sekarang )
Setiap kategori mempunyai ciri-ciri tertentu . Contohnya , sebab apa di nama kan Pre Baby Boom ? kerana bayi-bayi yang di lahirkan pada usia itu mampu mengadaptasi keadaan sekeliling dengan mudah, mereka juga di gelar sebagai orang lama dan juga berpengalaman.
BACA JUGA : Salah faham terhadap Gen Y , Ini Jawapannya !
Kategori The Baby Boom pula merujuk kepada Generasi penyiaran. keputusan mereka di pengaruhi oleh akhbar . Selepas perang dunia kedua, generasi ini mula lahir kerana ketika perang ,banyak pasangan menangguhkan niat untuk menerima cahaya mata .
Genarsi ketiga iaitu The Baby Bust pula merujuk kepada generasi X. Generasi ini lebih gemar dikatakan generasi internet. segala-galanya internet.
Generasi The Echo of The Baby Boom pula merujuk kepada GEN Y . pada generasi in para wanita membuat keputusan untuk melahirkan anak ketika berusia 30- 40 an. Generasi ini juga bertahan lama keran faktor tersebut .
Genarasi Net merujuk kepada generasi Z
Generasi Alpha merujuk kepada generasi A yang mana mereka ini lahir pada tahun 2010 - sekarang . Generasi ini juga di kenali sebagai generasi yang lahir dengan ipad di tangan , Youtube dan sebagainya/
Manusia mengketegorikan kita mengikut tahun ini kerana perbezaan yang berlaku dalam jangka masa tersebut. korang berada di generasi mana ? aku di generasi GEN Y . hehe Perbezaan -perbezaan ini menimbulkan beberapa salah faham antara generasi-generasi yang ada ini. Mungkin juga kerana perbezaan yang ketara dalam gaya hidup mengikut generasi tersebut .
Contohnya , salah faham yang berlaku terhadap gen Y yang di ulas oleh segelintir generasi X menyebabkan generasi Y kurang senang . Dalam entri ini , korang akan dapat jawapan kenapa GEN Y sebenarnya bukan lah jahat tetapi cuma salah faham yang berlaku terhadapa Gen Y .Korang akan faham kenapa setiap generasi itu ada kelebihan dan kekurangannya . Selamat membaca !
sekian.
sapa GEN Y ? angkat tangan sket.. hehe
Post a Comment