HORMAT BAHASA PERGAULAN DENGAN ORANG YANG KITA TIDAK KENAL !
FORMAL DAN TIDAK FORMAL DALAM PERCAKAPAN I Isu yang masih berlegar dalam media sosial mengenai Dr. Harlina dengan Amran . Ramai juga yang mengulas mengenai isu itu . aku pada mulanya dah ulas pun dalam entri aku semalam . cumanya hari ini aku nak kongsi kan sedikit lagi mengenai Formal dan tidak Formal bila kita berhadapan dengan masyarakat .
ini pakaian Formal , aku tau hangpa tanya apa kena mengena dengan percakapan formal kan . jawapannya memang tak da kena mengena pun. |
Tidak Formal : Buat sesuatu perkara tanpa terikat dengan peraturan dan tatacara . contoh : makan nasi pakai sudu itu formal, makan pakai tangan tidak formal . aku makan pakai mulut .
Dalam pergaulan , kita kena pandai bezakan antara formal dan tidak formal . Kalau dengan kawan-kawan rapat , kita akan gunakan bahasa yang tidak formal. Mana tak nya , kalau cakap formal , mesti kena kutuknyaa..Tetapi kita kenalah bezakan gaya bahasa bila kita berurusan dengan orang yang kita tidak kenal .
Walaupun , kita tidak kisah orang nak panggil kita apa pun, tapi bila kita berurusan dengan orang, maka tanggungjawab kita untuk menghormati orang yang kita berurusan . Kalau orang yang kita berurusan itu tidak kisah dengan bahasa yang kita guna , maka tiada masalah untuk terus menggunakan bahasa itu.
Sebenarnya penerimaan kita ketika membaca permintaan itulah yang menghasilkan natijah yang akan kita lakukan . Orang Muda kena hormat orang tua , begitu juga sebaliknya. Gunakanlah bahasa yang baik bila kita berurusan dengan orang yang lebih tua,dan timbulkanlah rasa hormat pada mereka.
Aku rasa hangpa paham kot apa yang aku dok cerita ni . kalau kes Amran ni, aku nampak ego seorang anak muda dengan permintaan seorang yang berusia . itu ja. benda yang asalnya private di hebahkan . siapa yang membuka aib sebenarnya ? itu persoalan lain dan aku tak mau jawab mengenai soalan itu.
yang penting , kita kena saling hormat menghormati. itu ja. maaf kalau entri aku ni silap dan salah , kalau korang ada pandangan lain, silakan kongsi di bawah. nanti kita baca sama-sama. :) salam jumaat .
sekian.
Post a Comment