RAHSIA DI SEBALIK APRIL FOOL ! UMAT ISLAM KENA TAHU !
APRIL FOOL I Apabila tiba 1 April pastinya ada yang mengambil peluang untuk membuat prank kepada rakan-rakan dan apabila rakan merkea terkena maka ungkapan " APRIL FOOL " pun di lontarkan kepada mangsa. Tetapi tahukah anda ,kejadian April Fool yang sebenar berlaku kerana apa ? apa kena mengena april fool dengan Islam ?
Sebenarnya April Fool merupakan hari di mana dibenarkan kepada penganut kristian untuk menipu dan berbohong . April Fool ini juga merupakan sejarah gelap bagi ummat islam satu ketika dahulu dan oleh kerana itu ia di jadikan satu perayaan bagi orang kristian .
Sejarah April Fool .
Sejarah ini berlaku semasa Perang Salib di Sepanyol , Setelah Sepanyol di bebaskan oleh tentera Islam, pihak musuh-musuh Islam tidak putus asa untuk menghancurkan kerajaan Islam yang di bina . Pelbagai cara di lakukan untuk menghancurkan tentera islam . Sehinggalah mereka mula meyeludup arak secara percuma ke dalam negara sepanyol yang di pimpin oleh orang islam .
Setelah berjaya melemahkan rakyat islam di sepanyol, maka mereka mengatur langkah dengan meyerang sepanyol. Kubu terakhir ummat Islam adalah Granada . Ketika ini lah ,pihak tentera salib mendapati masih ramai orang islam bersembunyi di dalam rumah-rumah mereka. jadi mereka membuat pengumuman dengan satu tawaran untuk orang islam .
Setelah melihat mereka berkumpul, dengan segera tentera salib menggeledah rumah-rumah yang mereka tinggalkan dan kemudian mereka membakar rumah-rumah tersebut . Umat islam yang berada di pelabuhan hanya mampu melihat rumah-rumah mereka di bakar dan ada beberapa lagi umat islam di dalamnya yang tidak mahu meninggalkan sepanyol masih berada dalam rumah tersebut.
Di tambah lagi dengan kapal-kapal yang di janjikan untuk membawa mereka keluar dari bumi sepanyol turut dibakar dan di tenggelamkan. Orang Islam sepanyol ketika itu tidak mampu melakukan apa-apa kerana mereka tidak bersenjata dan mereka juga terdiri dari kaum perempuan dan kanak-kanak. Akhirnya mereka di bunuh oleh tentera salib .
Kejadian ini bertepatan dengan 1 April .maka oleh sebab itu mereka meraikan april fool day sebagai mengingati peristiwa itu . Sebaliknya ummat islam kena sedar yang ia merupakan sejarah gelap bagi ummat Islam.
Jadi masih ada yang ingin menyambut April fool ? jangan sambut. sampaikan kepada rakan-rakan kita juga supaya tidak menyambut April fool ini.
Semoga info ini bermanfaat kepada kita semua.
sekian
Post a Comment