4 TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG YANG WAJIB DI LAWATI KETIKA CUTI SEKOLAH !
TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | Bermulanya cuti sekolah pada esok hari menandakan cuti sekolah yang panjang bermula. Jadi pelbagai rancangan telah di atur sama ada keluar bercuti mahupun duduk di rumah dan goyang kaki. hehe seharusnya, kita sebagai ibu dan bapa sudah mempunyai rancangan cuti sekolah untuk anak-anak. Mungkin anak-anak juga mempunyai plan mereka sendiri namun kita boleh sesuaikan jadual mereka dengan kita agar masa cuti mereka tidak di abaikan begitu sahaja.
Aku nak cadangkan 4 tempat menarik untuk di kunjungi di Pulau Pinang. Mungkin korang sudah baca mengenai Pesta Durian Penang yang berlangsung sejak minggu lepas dan bakal berakhir pada bulan ogos nanti. Boleh juga kalau ingin di masukkan kedalam List tempat menarik untuk di lawati.
Namun , aku ingin juga senaraikan 4 tempat menarik di Pulau Pinang yang perlu di kunjungi bagi sesiapa sahaja yang melawat Pulau Pinang. Tempat-tempat tersebut adalah
1. Masjid Negeri Pulau Pinang .
Jarang sekali orang akan meletakkan Masjid sebagai tempat untuk di lawati. Namun bagi aku apa salahnya kita tumpang solat di Masjid Negeri sambil melihat keindahan seni binanya yang menjadi syiar masyarakat ummat Islam di Negeri Pulau Pinang. Jadual kuliah juga penuh setiap malam.
gambar google
2. Taman Negara Pulau Pinang.
Sejujurnya Taman Negara Pulau Pinang sudah lama wujud di negeri Pulau Pinang. Lokasinya yang terletak di Teluk Bahang menjadikan tempat ini agak terpencil dan jarang di lawati orang ramai. Antara aktiviti yang korang boleh buat di sini adalah Jungle Tracking Melihat penyu bertelur dan sebagainya . Aku cadangkan kalau aktiviti keluarga mesti meriah di samping korang juga boleh bermain di tepi Pantai sepanjang track yang di sediakan.
3. Taman Burung Pulau Pinang.
Taman Burung Pulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya,Pulau Pinang antara tempat yang menjadi kewajiban bagi penggemar-penggemar haiwan untuk menambah ilmu mengenai haiwan yang digelar burung. Pelbagai spesies yang terdapat di taman Burung Pulau Pinang ini menjadikan ia sebagai destinasi untuk membawa kanak-kanak sebagai medan untuk mereka mengenali hidupan lain seperti burung.
4. Taman Rama- Rama Pulau Pinang .
Keunikan lama yang di beri nafas baru iaitu Taman Rama-Rama Pulau Pinang yang baru sahaja di buka semula setelah beberapa tempoh pengubahsuaian di lakukan. Kelihatan seperti sebuah dimensi baru bagi pendidikan kepada kanak-kanak dan juga dewasa mengenai Rama-rama. Pelbagai spesies rama-rama terdapat di sini sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah di awet sebagai bahan tontonan kepada pengunjung .
gambar : google
Pendek kata, 4 tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib di lawati ketika cuti sekolah ini hanya lah sedikit sahaja dari tempat-tempat menarik lain yang ada di negeri Pulau Pinang. Insyaallah nanti kalau ada kesempatan aku akan senaraikan lagi beberapa tempat yang menarik untuk di lawati. mungkin juga tempat makan menarik di negeri Pulau Pinang.
sekian.
Post a Comment