Header Ads

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?


PASAR RAMADHAN BAYAN BARU | Ramadhan berbaki lagi beberapa hari, sudah pasti pelbagai perkara yang terlintas dalam fikiran kita terutamanya perkara yang perlu ada ketika hari raya Aidilfitri nanti. Sudah pasti , perkataan Shopping sakan sudah bergema di dalam kalangan mereka yang melakukan persediaan Aidilfitri. Pasar ramadhan juga sekarang ini sudah semakin suram dan kekurangan dari segi pengunjungnya. Mungkin juga, rakyat Malaysia menyimpan duit untuk kegunaan di hari raya nanti, jadi lebih ramai yang memasak sebagai langkah berjimat.

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?

Sebut pasal pasar ramadhan, teringat aku pasal Pau Cendawan yang viral baru-baru ini. Ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli pau Cendawan . hehehe Macam dekat tempat aku, sudah pasti Pasar Ramadhan Bayan Baru menjadi tumpuan pengunjung kerana lokasinya yang startegik dan juga mempunyai pelbagai aneka juadah yang di jual di sini .

Antara Menu yang di jual di Pasar Ramadhan Bayan Baru adalah Nasi Campur, Minuman , Ayam Golek , Nasi kerabu , Nasi dagang , Nasi Mandi , Kuih Muih , Air THaisty dan macam-macam lagi .Sebab itu aku cakap, Pasar Ramadhan Bayan Baru ni macam-macam ada. hehe Cumanya, dekat sini boleh di katakan menu-menu yang di sediakan tidak tertumpu kepada satu-satu menu sebaliknya setiap gerai mempunyai pelanggan mereka yang tersendiri .

APA YANG ADA DI PASAR RAMADHAN BAYAN BARU ?
GAMBAR CRISP OF LIFE

Kiranya dia tak ada yang special sehingga orang beratur panjang macam yang berlaku di Pasar Ramadhan Putrajaya . Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan makanan yang menjadi sebutan ramai. Dekat Pasar Ramadhan Bayan Baru , aku tak nampak lak orang beratur panjang-panjang semata-mata nak beli satu makanan.

Keunikkan pasar ramadhan Bayan Baru adalah pengunjungnya terdiri dari pelbagai kaum . Melayu ada, Cina dan India pun ada. Sebab itu Pasar Ramadhan Bayan Baru sentiasa menjadi tumpuan pengunjung saban tahun apabila ramadhan menjelma.

Apa pula yang berlaku dekat tempat korang ? jom kongsikan dengan kami.

Bagi korang yang nak jalan-jalan dekat pasar ramadhan, apa kata korang cuba 6 perkara ini . Mesti korang akan jumpa benda baru dalam hidup korang. betul-betul berguna kepada korang. Tengok di sini .

sekian.

No comments

Powered by Blogger.