Header Ads

KISAH HAFIZ MAHAMAD VIRAL ! BENDA NI PUN VIRAL SEKALI KER ?


KISAH HAFIZ MAHAMAD | Sejak dua hari yang lepas , kisah seorang lelaki yang membuat kejutan kepada kekasihnya yang viral baru-baru ini. Ramai yang dah ulas mengenai tindakan hafiz mahamad ini, malahan ada yang memberi komen positif dan juga negatif. kalau korang nak baca, boleh terjah ke Instagram Hafiz Mahamad sendiri .

Tetapi, aku nak alih perhatian korang mengenai satu perkara yang turut viral sekali bersama dengan kisah Hafiz Mahamad ini, apa dia ? haha jawapannya adalah Kereta limosin . Sejak viral kisah Hafiz Mahamad tu , ramai dah nak beralih ke kereta limosin lepas ni semata-mata nak tarik perhatian kekasih hati .

KISAH HAFIZ MAHAMAD

Kereta panjang yang terkenal dalam filem-filem Luar Negara seperti di Amerika dan sebagainya , kini menjadi sebutan rakyat malaysia . Ada yang mengatakan kereta limo ni adalah kereta mewah . Orang kaya mampu lah. hahaha betul lah tu, tapi aku rasa boleh jer pinjam dengan pemilik kereta tu kalau nak sangat guna. hehe

Sedikit komen untuk insan-insan yang di luar sana yang tak habis-habis lagi komen dekat Instagram Hafiz Mahamad . Nak berangan untuk mendapat sesuatu perkara yang mewah itu tidak salah, tetapi kalau boleh jangan drag orang lain turut sama dalam angan-angan yang mungkin tidak masuk akal. bukan semua lelaki mampu memberi kejutan dengan membawa anda menaiki limo .

hargai orang yang mahukan anda, dan orang yang anda mahukan. Dalam bab limo ni kan, aku tengok remaja yang baru nak kenal dunia jer yang nak macam tu. aku tengok kakak-kakak dan abang-abang yang lain dan yang dah berkerjaya rileks ja dan tak ambil port. bagi mereka kita kena berpijak pada bumi yang nyata .

KISAH HAFIZ MAHAMAD

Tak semua orang mampu dan jangan memaksa  pasangan kita sesuatu perkara yang di sendiri tak mampu buat. Fokus dan support dari segi moral supaya dia sendiri mampu untuk membahagiakan kita dengan caranya sendiri. kan itu lebih baik,

Selepas kisah seorang lelaki bernama ubaidullah jaafar viral kini kisah Hafiz Mahamad pula yang viral . Typical rakyat Malaysia akan buat kecam dan juga terover dalam menilai sama ada positif atau negatif. aku rasa jer, hehe korang lak rasa macam mana ?

Ada tips untuk menawan suami anda , tak banyak pun ada 7 tips. korang nak baca tak agak-agak ? kalau nak baca korang baca dekat sini .

sekian.

3 comments

Nazihah@Jiha said...

ermm mcm2 lah skrg....ni lah buat budak2 zaman skrg makin over huhu

Ain Athirah said...

Halahaiiii mcm2 viral skrg ni. hahah lpas satu satu. apa2 pun hi tuan blog

saidila said...

apa kes..? tak ambik tahu pun....ahahahhaa

Powered by Blogger.