STATUS IMAM MUDA AMMAR DI SALAH TAFSIR !
STATUS IMAM MUDA AMMAR | Semalam heboh di media sosial mengenai satu status yang di muat naik oleh seorang imam mudah iaitu Imam Muda Ammar ke dalam Facebook miliknya .Namun Status terbabit mendapat reaksi negatif dari pembaca dan juga peminat imam muda Ammar.
Di dalam Status Imam muda Ammar itu, beliau ada menyampaikan pendapat beliau mengenai Vaksin untuk baby . dari status yang di tulis , aku faham yang imam muda Ammar hendak menyampaikan sesuatu iaitu kematian tidak kenal sesiapa sama ada seseorang itu di vaksin atau tidak.
Sebagai seorang Muslim, I'tikad atau keyakinan kita mestilah yakin bahawa ajal maut itu adalah kuasa Allah bukan kerana Vaksin semata . Macam kita ambil ubat bila sakit. kita tidak boleh yakin yang ubat itu semata-mata boleh menyembuhkan kita sebaliknya ubat itu adalah alat dan menyembuhkan kita adalah Allah. Kalau kita i;tikad dan yakin bahawa ubat yang menyebuhkan penyakit kita bukan Allah. maka kita sudah jadi syirik .
Syirik adalah dosa yang Allah tak ampunkan !
Aku harap pencerahan ini dapat menjernihkan kembali keadaan yang keruh sekarang ini . aku yakin imam muda ammar ada sebab dia tulis sedemikian tetapi mungkin juga salah timing dan gaya bahasanya . semoga isu ini di tutup dan yang dok guna kata-kata kesat tu. fikir-fikir lah balik ya. akhlak kita di mana ?
sekian .
**tulisan ini hanya pendapat peribadi aku . terpulang untuk menerima atau menolak.
Post a Comment