TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA !
TIPS BERBELANJA DI HARI RAYA | Dalam masa seminggu sahaja lagi, ramadhan akan meninggalkan kita. Sudah pasti kita semua rasa sedih dengan pemergian ramadhan. Entah-entah, ramadhan kita tahun ini lebih teruk dari tahun lepas. Allahurabbi, moga Allah ampunkan dosa kita dan banyakkan berdoa di akhir-akhir ramadhan agar kita di pertemukan dengan lailatul qadar .
Selepas Ramdhan,tibalah bulan Syawal yang menjadi kegilaan ummat Islam di Asia Tenggara. Berbeza dengan Ummat Islam di Timur tengah seperti Mesir dan tanah Arab lain, Mereka lebih mengutamakan ramadhan berbanding syawal dan itulah sebaik-baik perkara yang rakyat asia tenggara kena contohi. Utamakan ramadhan bukannya Syawal .
Di sebalik kesibukkan menanti syawal, mungkin di antara kita ada yang sibuk membeli belah melengkapkan persiapan hari raya masing-masing. Cumanya aku ingin kongsikan dua perkara sebagai Tips Berbelanja Menyambut Hari Raya .
1. Beli Sekadar keperluan Sahaja .
Perkara utama, adalah beli sekadar keperluan. elakkan pembaziran. Cuba check balik , barang-barang yang kita sudah beli tahun lepas, mungkin ada yang belum digunakan contohnya Pinggan Mangkuk, Cawan dan sebagainya. Gunakan apa yang ada terlebih dahulu kemudian baru beli baru.
2. Jimat perkara yang boleh jimat .
Dalam Rancangan #ngajibersamaustazdon di Astro Oasis , Ustaz don pesan agar kita sentiasa berjimat terutamanya ketika Aidil fitri yang dok mai ni. Kitakan dapat bonus atau gaji , jadi gunakan gaji itu sebaik-baiknya. jangan terlalu boros , takut nanti lepas raya, kita dah tak ada duit nak berbelanja. dah kena berhutang pulak. tak mau macam tu . Utamakan etika berjimat cermat.
Semoga Dua Tips beberlanja di Hari Raya ini dapat membantu kita dalam memberikan yang terbaik kepada diri kita dan keluarga kita. ingat tau, jangan terlalu boros dalam berbelanja. Raya ni sat ja, kehidupan selepas raya tu lama. berbelanja sekadar perlu.
Hari raya pun sudah tidak seperti dahulu, banyak perkara yang sudah berubah mengikut peredaran zaman. kenangan dahulu mungkin agak pelik kalau kita buat kembali. korang nak tahu tak apa beza raya dulu dan sekarang ? . korang baca di sini.
Sekian.
Post a Comment