PENGERTIAN,SYARAT DAN HIKMAH IBADAH QURBAN !
Sebelum pergi dengan lebih jauh, suka untuk aku mulakan dengan pengertian sesuatu ibadah. Ibadah Qurban akan lebih di fahami jika kita faham pengertian ibadah qurban itu sendiri. berikut merupakan Pengertian Ibadah Qurban :
baca juga : Hari raya Aidiladha di Mesir vs Malaysia
Pengertian Ibadah Qurban :
Menyembelih binatang tertentu pada waktu tertentu untuk mendekatkan diri dengan ALLAH .
Ibadah Qurban di Syariatkan pada tahu kedua Hijrah dan dalil ibadah qurban adalah pada ayat kedua surah al-kauthar .Manakala hikmah Pengsyariatan ibadah qurban adalah sebagai tanda syukur kita kpada ALLAH atas nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita. Seterusnya hukum menunaikan Ibadah Qurban adalah :
Hukum : Sunnat Muakkad ( sunnat yg dituntut/sunnat yg digalakkan )
Sekarang kita bergerak kepada jenis-jenis Qurban . Qurban di bahagikan kepada dua jenis iaitu Qurban Nazar dan Qurban Sunnat . Qurban Nazar adalah wajib untuk di laksanakan bagi yang bernazar untuk berqurban manakala Qurban Sunnat pula kepada yang tidak berniat nazar untuk berqurban.
Syarat Sah Qurban pula adalah pertama Niat untuk dekatkan diri dengan Allah. Waktu untuk berniat adalah ketika sembelihan atau ketika membeli ternakan Qurban. Yang keduanya adalah Memilih binatang ternakan yang boleh di kongsi seperti unta,lembu,kerbau. Manakala kambing dan biri-biri adalah seekor untuk seorang.
moooo... :P |
Caranya :
- Klik link di atas
- tunggu 5 saat kemudian klik skip this ad .
- Korang akan masuk ke halam google. klik link yang pertama ada perkataan PDF .
- Selesai
Semoga Entri Pengertian,Syarat dan Hikmah Ibadah Qurban ini memberi manfaat kepada kita semua. jangan lupa share dengan rakan-rakan kita. semoga membuka minda dan menambah ilmu berkaitan ibadah Qurban yang bakal menjelma tidak lama lagi . Selamat menjalani ibadah haji dan ibadah Qurban !
baca juga : Perkara sunnat untuk orang yang menyertai ibadah qurban .
Sekian.
** Entri 13 Oktober 2013 di update semula pada 30 Ogos 2016
Post a Comment