Header Ads

HIDUP INI BUKAN DRAMA JAM 7 !

HIDUP INI BUKAN DRAMA JAM 7 ! | Selalunya, kita menonton drama pukul 7 petang di tv 3 . Ramai yang ambil peluang untuk luangkan masa dengan ahli keluarga selepas pulang dari tempat kerja dengan menonton drama bersama-sama. Tetapi berlaku sebaliknya apabila rancangan atau drama yang di pertontonkan seperti memberi ruang kepada masyarakat untuk berimaginisasi sesuatu perkara yang tidak realiti .

Ramai anak muda beranggapan bahawa apa yang di tonton di tv merupakan apa yang berlaku di kalangan masyarakat.Tapi tak semua yang di filemkan atau di dramakan itu merupakan realiti. Kena pandai pilih drama dan filem. bagi aku drama yang bukan adaptasi novel merupakan drama realiti dan mungkin semi realiti. sebab selalunya drama yang di adaptasi novel merupakan imaginasi penulis yang kadang-kadang melampau dalam imaginasinya. Tak semua tapi ada .


Baca juga : Drama melayu senang di jangka .

HIDUP INI BUKAN DRAMA JAM 7 !


Dari pemerhatian aku, aku nampak yang rakyat malaysia tak suka drama yang bersifat berat , sedih dan beremosi . Kebanyakkan dari mereka suka tengok drama yang bersifat santai,cinta-cintun dan lawak. Mungkin faktor drama tersebut mudah hadam dan menggembirakan masyarakat yang menontonnya .

Sedarlah, hidup ini bukan seperti drama jam 7 malam . Hidup ini bukan semuanya akan menjadi ahli koporat .Hidup ini bukan semuanya bercinta dengan anak orang kaya . Hidup ini bukanlah sekadar merampas lelaki atau perempuan yang menjadi milik orang. tetapi hakikat hidup ini lebih besar dan lebih banyak tanggungjawab yang kena kita laksanakan.

Tak salah nak tengok drama santai, aku pun kadang-kadang layan juga drama kul  7 . tetapi pada masa yang sama , kita kena control dan jaga adik-adik dan anak-anak kita. jangan biar mereka terawang-awangan dengan impian dan angan -angan kosong dari imaginasi yang tidak berpihak kepada realiti. Pijaklah di bumi yang nyata. Keluar dan lihat masyarakat kita. sungguh ia berbeza dari drama jam 7.

Sekian.

2 comments

ummul azkee said...

btul tu.. mmg tak tgk la drama kul 7 tu.. lg2 kalau anak ada mmg tak ler tgk huhu

Keyk Hu said...

sepatutnya buat cerita yang diambil dari kisah realiti sebenar. bkn bagi kita harapan life akan jadi macam dlm drama. at least cerita yang bagi kita semangat untuk buat sesuatu. taklah asyik berangan nak kawin anak dato or jadi pewaris syarikat je huhuhu.

Powered by Blogger.