Header Ads

JANGAN MENYERAH KALAH !

JANGAN MENYERAH KALAH ! |  Semangat dan Aura sukan Olimpik masih segar didalam fikiran kita. Kejayaan Atlet negara di dalam kejohanan tersebut membuka minda rakyat Marhaen macam kita ini untuk berfikir sejenak mengenai kehidupan yang kita lalui ini. Semangat para atlet negara bersukan dan bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan negara membawa pulang pingat perlu di aplikasikan dalam kehidupan kita ini . Ada atlet yang bangun setelah mereka jatuh menjunam. Ada yang cedera sebelum kejohanan untuk beberapa bulan. Kemudian mereka bangkit sehingga membawa pulang pingat. Korang boleh baca mengenai semangat #TakkanGentar atlet dunia di sini .

Pesan seorang sahabat, hidup ini perlu ada matlamat. Jangan gamble ja , fokus untuk menyempurnakan atau menyelesaikan segala matlamat dan impian hidup. Andai tidak mampu bawa banyak, pilihlah yang mana satu yang paling utama dan membolehkan anda mengecapi kejayaan. Seterusnya, usaha dan pulun sehingga anda memperolehnya . Tiada istillah putus asa walaupun gagal dalam berusaha .
JANGAN MENYERAH KALAH !


Antara tips untuk tidak menyerah kalah atau tips agar tidak putus asa adalah dengan perbanyakkan doa . Doa sesuatu perkara yang ajaib . Kita berdoa dan kita akan memperolehi apa yang kita dapat. Kita selalu doa kebaikkan terhadap diri kita.Jarang kita mendoakan keburukkan terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Jadi, selitkan satu doa agar kita sentiasa kuat ,yakin dan terus berusaha walau apa pun yang  terjadi. Kita ambil semangat pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang bertungkus lumus walaupun mereka meletakkan nyawa mereka sebagai cagaran untuk kita mencapai kejayaan iaitu dengan memperolehi kemerdekaan .

Semangat pejuang negara yang tidak berputus asa dalam medan perang menjadi panduan kita agar tidak mudah menyerah kalah. ya, memang tidak patut membandingkan situasi mereka dengan kita kerana mereka di medan perang, kita pula di medan selera. hehe kita pula hanya di uji sedikit berbanding mereka. perjuangan kita juga berbeza. tapi bagi aku, semangat tidak putus asa itu yang penting dan perlu ada di dalam diri kita andai kita mudah sangat putus asa .


JANGAN MENYERAH KALAH !


Kalau korang rasa pejuang kemerdekaan terlalu hebat untuk di ambil semangat mereka. ambillah semangat atlet negara di olimpik baru-baru ini. mereka ada satu matlamat iaitu bawa pulang pingat buat negara. Dan mereka usaha sehinggalah berjaya bawa pingat kepada negara. walaupun mereka kena berlawan dengan sesiapa pun namun mereka tetap bersemangat dan teruskan berusaha. Boleh juga tengok dan baca kisa Atlet dunia yang tidak hiraukan apa-apa untuk berjaya  . Korang baca dekat sini .

Pendek kata, kalau nak berjaya perlukan semangat. perlukan dorongan dan idola yang mampu menguatkan semangat kita . Jangan putus asa sebelum berjaya. jika tidak kita akan rugi selama-lamanya. semoga tips tidak menyerah kalah atau tips agar tidak putus asa ini mampu mengembalikan balik semangat kita yang semakin pudar saban hari. Fokus kepada matlamat hidup, insyaallah kita akan berjaya.

Sekian.

1 comment

Powered by Blogger.