Header Ads

POKEMON GO MENGASYIKKAN !

POKEMON GO MENGASYIKKAN ! | Sejak minggu lepas, apabila aplikasi pokemon go berjaya memasuki malaysia, ramai di antara kita yang seronok dan ada juga yang bersedih dan ada juga yang tak ambil kisah pun. korang dalam group mana ? hehe aku secara personally , aku excited bila pokemon go masuk malaysia kerana aku antara peminat tegar kartun animasi pokemon sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Ash merupakan watak utama di dalam pokemon dan dibantu oleh seekor pokemon yang comel suaranya iaitu Pikachu . ash ada kawan iaitu brooke dengan seorang lagi perempuan tapi aku lupa. mereka sentiasa ada apabila musuh mereka ingin mencuri pokemon yang ada di dalam dunia ini. jadi merekalah yang mempertahankan pokemon-pokemon tersebut. di samping membesarkan pokemon-pokemon yang ada. baik,itu serba sedikit mengenai pokemon .


POKEMON GO MENGASYIKKAN !


Aku juga turut install aplikasi pokemon Go di handphone adik aku, sebab handphone aku tak support, whatsapp pun tk leh. jadi aku sempat mencuba beberapa kali bermain dengan pokemon yang ada di sekeliling rumah aku. banyak ekor jugalah yang di tangkap sepanjang beberapa hari aku bermain pokemon go tersebut.setakat ini aku boleh katakan permainan Pokemon Go ini mengasyikkan dan satu perasaan iaitu perasaan teruja sentiasa bermain di fikiran dan rasa nak keluar rumah untuk mencari pokemon juga meningkat .

baca juga : Kerana pokemon Go, Rakyat Malaysia Sanggup Hina Ulama 

Tetapi perasaan tersebut , kita kena kawal dengan sebaik-baiknya jangan sampai memudaratkan kita. Sebab itu, main game pokemon boleh jatuh hukum sebagai haram kalau dia memudaratkan . Kita yang bermain, maka kita tahulah implikasi permainan ini terhadap diri kita . Sebelum ini ramai juga yang komen dan mengeluarkan kenyataan mengenai pokemon go ini. sehinggakan memaksa Majlis fatwa negeri untuk turut sama keluarkan fatwa bai membimbing ummat islam di seluruh negara agar tidak terjerumus dalam kancah perkara yang memudaratkan mereka.

Satu pandang hormat terhadap para alim ulama yang tidak pernah terlepas dalam mengeluarkan fatwa mahupun nasihat kepada ummat islam. Cumanya ummat islam itu degil dan sombong dengan fatwa dan nasihat yang di berikan .Sejak isu pokemon go ni keluar dan isu ini melibatkan fatwa, baru kita nampak perangai sebenar ummat islam terhadap ulama. di cacinya , di kutuk , di perli dan sebagainya . Ingatlah ummat islam, korang tak layak buat ulama seperti yang korang sudah buat terhadap mereka.


POKEMON GO MENGASYIKKAN !


Hormatilah para alim ulama selagi mampu .  ingatlah " ulama itu perwaris nabi " -hadis nabi . jangan menghina sesuka hati, kalau kita tak tahu, lebih baik kita diam sahaja . takut , nanti Allah turunkan murkanya kepada kita, di mana kita nak lari ? Sebagai konklusi, nak main  pokemon go , boleh selagi tidak memudaratkan anda. nasihat dari fatwa negeri ada yang meminta ummat islam untuk mengelakkan , maka ikutlah . sungguh ,nasihat dan fatwa tersebut sebagai panduan buat kita .

Main pokemon go , jangan sampai ada yang mati katak sebab cari pokemon, jangan sampai , kita bercerai anak bini kerana pokemon, jangan sampai kita hilang pekerjaan kerana pokemon, jangan sampai kita hilang tuhan dari hati kita kerana pokemon. ingatlah dan ingatlah.

Sekian .


No comments

Powered by Blogger.