Header Ads

SAMPAI BILA BOLEH TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA ?

SAMPAI BILA BOLEH TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA ? |  Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa hari raya aidiladha, takbirnya panjang berbanding takbir hari raya aidilfitri dari segi tempoh bertakbir tersebut. antara keunikan Hari Raya Aidiladha yang kita semua tahu, Takbir raya akan berkumandang selama 5 hari termasuk dengan hari pertama Aidiladha . Jadi sekarang korang dah tahulah kan sampai bila boleh takbir hari raya aidiladha boleh di ucapkan .


SAMPAI BILA BOLEH TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA ?


Kalau mengikut kalendar tahun 2016 , kita bermula takbir pada 11 september dan akan berakhir pada waktu asar 15 september .Manakala Hari raya aidiladha pulak jatuh pada 12 September 2016 . satu kelebihan Hari raya aidiladha yang lain adalah takbir sudah boleh di kumandangkan sehari sebelum hari raya. Jadi, Satu tempoh yang panjang ,jadi ambillah peluang ini untuk terus memuji dan bertahmid kepada Allah. entah-entah tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu lagi dengan aidiladha .

Kita tahu, hari raya aidiladha sinonim dengan ibadah haji, apa yang kita lakukan di tanah air tidak sama dengan mereka yang sedang melakukan ibadah haji .bilangan hari tambahan untuk takbir adalah sebenarnya merupakan hari-hari tasyrik Dimana jangka waktu ini,kita diharamkan berpuasa . Sampai bila boleh takbir hari raya aidiladha ? jawapannya sudah pun aku jawab dan aku ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha dan hayatilah pengorbanan yang telah di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam mematuhi syariat Allah.

Sekian.


1 comment

NADIA AZIZ said...

thanks for sharing...saya pun dok tertanya sampai bila takbir akan bergema.dok konfius

Powered by Blogger.