Header Ads

BAYARAN BR1M MENINGKAT MULAI 2017 !

BAYARAN BR1M MENINGKAT MULAI 2017 !  |  Selepas pembentangan Badget 2017 oleh Perdana Menteri Kesayangan Ramai ,DS Najib , sudah pasti tumpuan terarah kepada kadar bayaran BR1M untuk 2017 . Mesti ramai yang tertanya-tanya , BR1M 2017 naik tak ? BR1M 2017 berapa ringgit dan sebagainya . dan aku yakin sepanjang 2 jam perbentangan baget , fokus utama adalah kepada BR1M . yang lain tu, lebih specific kepada golongan tertentu sahaja . Jadi Berikut merupakan BAYARAN BR1M MENINGKAT MULAI 2017 !
BAYARAN BR1M MENINGKAT MULAI 2017 !


BAYARAN BR1M MULAI 2017 !


  • Pendapatan isi rumah RM 3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM 1,000 / RM 1,050 kepada RM 1,200
  •  Pendapatan isi rumah RM 3,000 - RM 4,000 dinaikkan daripada RM 800 kepada RM 900
  • Pendapatan bagi bujang RM 2,000 ke bawah dinaikkan daripada RM 400 kepada RM 450
Jadi untuk orang bujang dan hensem macam aku, Kadar BR1M untuk Orang Bujang di naikkan kepada RM 450 dari RM 400 tahun lepas. Jadi naik RM 50. banyak tu , hahaha tu ayat orang pro kerajaan . 

aku dok pikiaq dari tadi dan sebelum-sebelum ini , kalau tahun ini tiada peningkatan apa-apa badget tetapi di kurangkan gst , agak-agak ramai tak yang setuju ? Apa yang aku nampak dari perbahasan baget tahun-tahun sebelum ini , apabila ada peningkatan badget dari kerajaan akan membawa kepada peningkatan harga barang . 

Kita yang tanggung setiap hari selepas ini . tak apalah mungkin ada yang tak nampak .Korang dapat RM 450 setahun , cuba bahagikan kepada 365 hari yang ada . korang akan guna BR1M tu berapa ja ? orang bagi kita ambil . tetapi kita still mengharapkan badget yang boleh menyelesaikan masalah kita iaitu harga barang . Mungkin ada yang tak suka dengan statement aku tapi itulah hakikatnya . golongan miskin makin bertambah hari-hari,cuma kita perasan atau tidak . 

Jadi dengan BAYARAN BR1M MENINGKAT MULAI 2017 , Persoalan mengenai berapa bayaran BR1M 2017 semua telah terjawab .jadi apa yang korang boleh buat untuk menampung kos hidup korang ? mulakan fikir, nak harapkan kerajaan nak bantu . susahlah . nampak macam makin syok sendiri . haha jadi, fikirkanlah untuk masa hadapan korang dan keluarga. 

Sekian. 

2 comments

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

tahniah...

Kaklong Chan said...

Betul apa yg Ubaik fikirkan tu.. MAsa depan anak2 kita kian meruncing.

Powered by Blogger.