Header Ads

FENOMENA NASI LEMAK !

FENOMENA NASI LEMAK ! |  Sejak dua tiga menjak ni kan, ramai yang sibuk dengan nasi lemak . ramai yang dok cakap pasal nasi lemak. haha yela-yela korang nak tau cerita sebenarnya kan . alaa, cerita pasal nasi lemak anak dara lah yang terkenal dan femes baru- baru ini . Pelbagai respon yang di lontarkan dari netizen mengenai viralnya nasi lemak anak dara, ada yang kutuk dan ada juga yang memuji. tapi itulah media sosial. pattern dan corak komentar sentiasa sama .sampai aku boleh katakan ini adalah FENOMENA NASI LEMAK !


FENOMENA NASI LEMAK !


kenapa FENOMENA NASI LEMAK ?

Sejak viralnya kisah nasi lemk anak dara tempoh hari, aku tertarik dengan komennegatif yang mengatakan nasi lemak tu tak sedap mana pun, kalau buat sendiri lagi sedap. mak aku masak lagi sedap, hentilah dari viralkan kisah nasi lemak tu dan bla bla bla . aku pun heran, macam mana orang yang cakap nasi lemak tu sedap atau tidak sedangkan dia tak rasa pun nasi lemak tu ? mungkin dia cemuih kot dengan viral tu . dan ada lagi satu jenis orang iaitu orang yang jenis kuat menganjing. dia tak buat benda tu, lepas tu mengangjing je kuat.

Seterusnya , ramai yang sibuk meminta  isteri dan mak mereka masak nasi lemak. kemudian upload gambar dekat media sosial . haha unik juga rakyat malaysia ni dalam mengolah sesuatu isu yang berlegar dalam kalangan netizen. cumanya berpada-pada je lah ya.

bagi aku, bukan salah si anak dara yang menjual nasi lemak tetapi mungkin sikap ahli media sosial yang suka viral berlebih-lebihan itu yang mungkin menyebabkan segelintir kita kurang selesa . dan kalau berdasarkan kes nasi lemak anak dara ni, kaum wanita je yang nampak paling bising dengan hentaman dan kritikan. itu yang aku perasan lah kan. korang perasan tak ?

Selepas viralnya kes tersebut, sekarang ini kita kena tumpu untuk bantu orang lain juga dalam bisnes mereka. tumpu untuk bantu viralkan bisnes mereka . Mungkin ini yang di inginkan bagi sesetengah netizan yang menganggap netizen yang viralkan sesuatu isu memilih dalam menviralkan . depa cakap korang  pilih yang lawa-lawa je kalau nak viral pun .haha

terpulanglah orang nak cakap apa, kerana nasi lemak je korang nak gaduh bagai. haha tak berbaloi tau. Kalau rasa meluat, abaikan je lah. tak pun unfriend je terus. aku cakap benda ni  sebab media sosial ni tak boleh kawal. kita stop satu, satu lagi yang muncul. kita je yang perlu control emosi dalam menangani satu-satu isu. betul tak ? jom makan nasi lemak! hehe

Sekian.

1 comment

Etuza said...

ada ada saja kan K U B

Powered by Blogger.