Header Ads

PEMBUNUHAN KARAKTER !

PEMBUNUHAN KARAKTER ! | Assalamualaikum ! Insyaallah kali ini aku nak bawa satu isu mengenai " Pembunuhan Karakter atau Character Assasin " Pembunuhan Karakter adalah salah satu cara lain untuk membuatkan seseorang lenyap dari dunia ini. atau kita kata pembunuhan dari dalam. orang tak  perlu siapkan senapang , pistol atau bom nak bunuh kita. hanya dengan membunuh character kita sikit demi sikit. maka kita akan lenyap dari dunia.PEMBUNUHAN KARAKTER !


PEMBUNUHAN KARAKTER !

nampak macam menakutkan. tapi ini realiti yang berlaku.selalunya benda-benda macam ni berlaku kat orang-orang kenamaan yang femes dan berpangkat. mungkin tujuannya untuk membalas dendam, iri hati atau nak hilangkan bukti. dalam dunia ni, nothing is impossible !

Selalunya, kejadian seperti ini bermula dgn penyebaran fakta-fakta mengenai mangsa sehinggakan menimbulkan persepsi buruk dalam masyarakat terhadap mangsa. dan segala ruang utk mangsa membela diri di sekat sepenuhnya, agar si mangsa tidak mampu utk membela dir dan akhirnya terpaksa kecundang .

Ada kemungkinan, mangsa juga akan di pukul di depan khalayak ramai dan mungkin perkara-perkara lain yang memberi tekanan kepada mangsa seterusnya melemahkan mangsa itu sendiri.Ingat Character Assasin ini, bukan penderaan fizikal tapi MENTAL ! sampai satu tahap,apa yang kita cakap ,orang tak akan dengar dek kerana kita jadi mangsanya.

Maka,hati-hati !

Andai ada bibit2 yang menyebabkan korang terkena dgn character assasin ni.. segera kenal musuh anda. jangan bertindak lambat ! sebelum semua ruang utk anda membela diri tertutup rapat !

Aku tulis pasal ni atas sebab aku tengok di media sosial sekarang ni dah ramai yang cuba guna kaedah ini. kadang-kadang benda simple je. contoh viral ! memang mudah utk membunuh karakter orang. sbb tu bila kita viral kan benda buruk terhadap seseorang, Mangsa akan rasa di hantui oleh persepsi buruk sama ada, dari luar mahupun dia akan terpaksa melawan dirinya sendiri.

jika dia tak kuat, maka mudahlah musuh menyerang dia.

aku ambil contoh, nak jatuhkan ahli politik senang ja, iaitu dengan character Assasin. keluarkan cerita-cerita Fitnah terhadap si fulan. kemudian viralkan sehingga lah masyarakat dah cemuh dan bosan dengan mangsa. maka itu lah titik akhir dia dengan masyrakat.kemudian dia akan hilang.

Ingat ! jangan lak korang buat kat orang lain ! nanti tuhan balas baru tau. baru padan muka ! ini serius ya ! PEMBUNUHAN KARAKTER ! amat-amatlah tidak bagus untuk di lakukan ,sebab kita tak tahu masa depan, mungkin sekarang kita buat dekat orang . Nanti orang pula buat dekat kita nauzubillah .

sekian.

1 comment

Kaklong Chan said...

Oo.. ni rupanya pembunuhan karakter..
Banyak sangat berlaku. KAdang2 kawan tu bergurau je kat wechat, terus kene viral dan dimaki/umpat dgn kata2 nista. Nampak sangat Netizen ni takde keje nak buat..

Powered by Blogger.