Header Ads

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN ! | Pengalaman pertama melakukan aktiviti Island Hopping di Pulau Langkawi boleh di katakan sebagai antara yang terbaik . Memang cuak apabila menaiki bot dengan laut yang bergelora menyebabkan mungkin ini pengalaman terakhir dalam aktiviti island Hopping .Tapi kan, di sebabkan pengalaman ini amat menarik, jadi aku rasa nak try lagi untuk lain kali kalau aku pergi ke Langkawi . Jom aku kongsikan PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN ! .


PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !



Perkhidmatan Island Hopping yang dibuat oleh penduduk langkawi ini meliputi 3 pulau terpilih . Antaranya adalah Pulau Dayang Bunting , Pulau Beras basah dan Tempat bagi makan Helang . Tempoh Perkhidmatan Island Hopping ini adalah selama 4 jam . dan harga untuk sebuah bot adalah RM 250 . Boleh tempath satu bot untuk family atau personal. lagi satu , korang boleh join bot yang random iaitu apabila korang beli ticket by person. maksudnya nanti korang akan di campur dengan pelancong lain .

Harga Bot Sewaan :

1 bot = RM 250
Harga per person : RM 25

**tertakluk kepada syarikat yang korang join .

Kami memilih untuk sewa satu bot memandangkan kami pergi satu family, jadi agak selesa untuk duduk bersama . Lokasi pertama yang di tuju adalah Pulau Dayang Bunting . Oh ya, korang jangan risau, pemandu bot akan memaklumkan dekat korang lokasi-lokasi sepanjang korang dalam Island Hopping tersebut. jadi kita taklah blurr sangat kan. hehe

Perjalanan dari Jeti ke Pulau Dayang Bunting mengambil masa 20 minit . Jadi kita kan duduk di dalam bot selama 20 minit, masa nilah pengalaman yang menarik untuk kita iaitu pengalaman menaiki bot. Masa kami pergi, waktu ni cuaca dan keadaan laut agak bergelora jadi agak menakutkan juga  melawan arus dengan menaiki bot ni. jangan risau ada life jacket sebagai langkah keselamatan dan pemandu bot juga berpengalaman dengan laut. jadi,kita rileks dan enjoy your journey sahaja .

Sampai Di Pulau Dayang Bunting,kita akan di benarkan untuk turun di jeti dan meneroka sekitar pulau dayang bunting . Apa yang ada di Pulau Dayang Bunting ? antara perkara menarikk di sini adalah tasik dayang bunting yang mempunyai mitos tersendiiri . Aktiviti yang boleh di jalankan dekat sini adalah berkayak, memandi manda dan naik peddle bot .


PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !


Untuk ke tasik Dayang Bunting, korang kena mendakit bukit sekitar 10 minit sebelum sampai ke tasik tersebut . Dalam perjalanan tersebut, korang boleh melihat alam sekitar di samping melihat monyet-monyet berkeliaran. hehe . Kami tak duduk lama dekat sini ,sebabnya kami tak prepare untuk mandi . jadi dalam setengah jam macam tu, kami pun menuju ke lokasi seterusnya  .

Lokasi seterusnya adalah Tempat bagi Makan Helang . Aku tak ingat nama pulau ini secara betul jadi, aku tulis tempat makan helang . hehe lebih kuran 20 minit juga perjalanan dari Pulau Dayang Bunting ke Tempat bagi makan helang ini .Bagi aku ,aktiviti yang boleh buat dekat sini hanyalah bagi makan helang . Banyak Ekor helang dekat kawasan sini dan di katakan hanya sekitar kawasan pulau ini mempunyai bilangan helang yang banyak .

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

Dekat sini, korang boleh melihat aksi helang menangkap mangsanya . siapa yang suka tengok aksi helang mesti tak mau melepaskannya . Kalau korang nak tahu, helang dekat sini besar weh. seriau pulak dia makan kita nanti. hahaha . Selepas lokasi ini ,kami menuju ke Pulau Beras Basah .

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

Di Pulau Beras Basah, pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan antaranya mandi laut, berkelah dan juga naik banana bot . Ramai yang memilih untuk Transit di sini jadi lokasi ini sentiasa ada pengunjung seperti tasik dayang bunting . Lokasi Pulau beras basah ini cantik dan  pantainya yang bersih . jadi seronok sangat duduk dekat sini. Angin pun kuat je .

PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

Kalau korang datang ke Pulau Beras basah ini, korang pergi dekat jeti dia dan bagi ikan makan . korang akan nampak banyak ikan yang cantik-cantik di sana. satu pengalaman yang menarik buat kami yang sempat ke sana . hehe Selepas berehat di Pulau Beras Basah kami pun mengakhiri perjalanan Island Hopping kami .

Keseluruhan perjalanan kami mengambil masa hampir 2 jam setengah . Sungguh aku boleh katakan. ini adalah antara pengalaman paling best sewaktu aku travel . jadi aku harap korang pun boleh lakukan aktiviti yang sama ketika melawat Pulau Langkawi . Jangan takut atau cuak, just try it ! macam aku cakap tadi , Pengalaman melakukan aktiviti ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI MENAKJUBKAN !

Sekian .


1 comment

Kaklong Chan said...

Good sharing!
Ni tak sabar nak pegi ni.. :D

Powered by Blogger.