Header Ads

YAKINLAH DENGAN HALAL JAKIM ! KORANG KENA BACA NI !

YAKINLAH DENGAN HALAL JAKIM ! | Sejak dua tiga menjak ini ramai pulak yang mempersoalkan tindakan Jabatan kemajuan Islam Malaysia mengenai pensijilan Logo Halal kepada sebuah syarikan makanan . Menurut sumber yang sahih , Syarikat berkenaan sedang dalam proses permohonan sijil halal dan permohonan tersebut pun dalam proses penelitian oleh Pihak JAKIM . Isunya timbul apabila orang ramai mengatakan JAKIM mengeluarkan kenyataan mengenai Syarikat makanan tersebut bahawa ia tidak Halal .


LOGO HALAL JAKIM TERKINI !


Tetapi Pihak Jakim Sendiri menafikan pernah mengeluarkan Kenyataan Bahawa Makanan keluaran syarikat berkenaan tidak halal . boleh rujuk kenyataan Dari JAKIM seperti di bawah :




Berdasarkan kenyataan dari JAKIM, kita dapat lihat ia masih dalam proses permohonan pensijilan HALAL . Dan jakim tidak pernah mengatakan kedai dan makanan yang di keluarkan dari syarikan berkenaan adalah Haram .Prosese tersebut memerlukan masa untuk di keluarkan kerana syarat yang ketat telah di keluarkan oleh Pihak JAKIM untuk mana-mana premis yang ingin memohon sijil Halal .

Jadi kenapa rakyat malaysia masih mengulas isu ini dan mula bermain dengan agama ? Institusi Islam di tubuh untuk memantau dan menjaga maslahat atau kepentingan ummat islam . kenapa ummat islam sendiri rasa terbeban dengan instusi ini ? Aku harap , ummat islam di Malaysia sabar dalam menanti keputusan sama ada permohanan mereka di luluskan atau tidak .

Kalau rasa nak makan dekat kedai berkenaan dan korang yakin makanan yang dibuat adalah halal, maka silakan makan. kalau tidak yakin, tunggu sahaja JAKIM punya keputusan. itu sahaja kaedahnya . Tak perlu menghina JAKIM atau institusi Islam yang telah berusaha untuk menjaga ummat Islam . Yakinlah dengan institusi Jakim yang di iktiraf ini daripada korang percaya perkara viral yang entah betul atau tidak. Rujuklah sebelum membuat komentar .

Sedih tengok ummat Islam yang memerli JAKIM atas kerana tidak memberi sijil halal kepada syarikat berkenaan kerana ada beberapa istillah yang meragukan. JAKIM ada piawaiannya sendiri , diorang lebih arif dalam bab halal berbanding kita . mereka lebih menjaga maslahah dan kepentingan ummat islam dari kita . kenapa sampai ada yang memperkecilkan institusi JAKIM kerana isu kecil ini ?

Pernah terjadi satu isu mengenai Coklat Cadbury dan terbaru selepas itu mengenai kedai yang " no pork " berlegar di media sosial . JAKIM dah buat keputusan dan telah meletakkan dan memperketatkan piawaian mereka kerana isu-isu sebelum ini yang memberi kesukaran kepada ummat islam untuk mendapatkan barangan halal. selepas perketatkan untuk memudahkan ummat islam, jadi macam ni pulak. JAKIM pula di persalahkan .

Come on lah ! sudah-sudahlah berlagak pandai pada bidang yang bukan urusan kita. Maaf kalau aku terkasar bahasa, tetapi ini hakikat orang melayu islam di malaysia . Belajar agamanya tak mau, lepas tu bercakap atau komen isu berkaitan islam seperti dia yang pandai . belajarlah ya belajarlah . Sungguh ilmu islam itu luas dan lebih luas dari ilmu yang korang belajar di zaman universiti  dulu .

PAGE FACEBOOK RUJUKAN BAB HALAL , JAKIM !



**boleh like untuk maklumat berkaitan halal terkini .


Akhir sekali, aku nak minta kita yakin dengan Institusi JAKIM kerana setakat ini belum ada institusi yang menjaga kebajikan penganut Islam yang lebih baik berbanding JAKIM . Yakinlah dengan penambah baikkan yang telah di buat mengikut peredaraan zaman dan tidak bercanggah dengan hukum syara' . kita tak mampu untuk belajar agama dengan sempurna, jangan caci orang yang fakih yakni pakar dalam bidang agama . Maaf atas kekasaran bahasa dalam entri kali ini. sekadar nak mengingatkan bersama untuk korang yang membaca dan juga aku yang menulis ini . semoga islam terus subur di Bumi malaysia .

Sekian.

Ubaidullah
20 oktober 2016

2 comments

Afif Rayyan said...

Siapalah yang sebar berita palsu nie.. ish3

hasliynda umairah beauty said...

semoga dipermudahkan segala urusan

Powered by Blogger.